Pada 9 Februari 2014 hari Ahad, saya dan emak shopping ke Tesco untuk membeli beberapa keperluan kami dan kucing peliharaan. Seperti biasa saya dan emak akan bersarapan pagi di Tesco. Selalunya saya dan mak mengambil sarapan dulu sebelum shopping, tapi lain pula kali ini.
Emak kata dia masih lagi kenyang sebab awal pagi mak dah ambil jus dan kismis, manakala pula dah ambil segelas oat. Jadi kami mengambil keputusan untuk shopping dulu.
Elok selesai membayar saya dah mula rasa lapar, melihat jam di tangan rupanya dah hampir jam 12 tengahari, patutlah perut dah mula berkeroncong. Bila tanya pada emak, rupanya mak pun dah rasa lapar. Saya ambil keputusan untuk bersarapan di Kluang Station. bukannya ke Kluang tapi Restoran Kluang Station di Tesco.
Punya lapar emak order favorite mak iaitu roti bom/ canai dengan kari daging. Saya order lebih sikit iaitu laksa Serawak dan fish and chips. Habis semuanya dimakan dan tidak berlaku pembaziran. Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik dan mak kata dia sangat kenyang. Cuaca di Kuala Lumpur sekarang ni sangat panas dan memang lebih panas dari kebiasaan walaupun musim ini hampir berganjak ke musim tengkujuh.
No comments:
Post a Comment