Saya suka betul memerhatikan kedua-dua anak kucing saya membesar. Melihat gelagat mereka sama ada semasa mereka makan, bermain ataupun tidur. Umur semasa ini (dalam 3 bulan) mereka memangnya sangat nakal.
Biasanya selepas makan, mereka akan berehat dan lepak-lepak di pot yang mereka suka, kemudian mengendeng susu dari ibunya Oky. Mungkin kerana mereka dah besar Oky kedekut susu pada sikembar ini. Kasihan saya melihat dan selalunya saya akan pegangkan ibunya bagi memudahkan anak-anaknya menyusu.
Selepas itu dengan sendirinya mereka akan mula terlelap... di mana saja mereka landing di situlah mereka terlelap. Jika saya ada di rumah biasanya saya akan angkat mereka dan letakkan di tempat tidur mereka. Jika tidak macam dalam gambar nilah di mana-mana saja mereka boleh terlelap. Si Baby suka betul tidur dengan menjuntaikan kepala dia, kalau digerakkan dia akan tetap menjatuhkan sedikit kepala.
Kepala Si Adik macam tergantung di atas towel mandi. Sebelum ni bukan main nakal lagi dia, tapi bila dah mengantuk dia dah tak kisah dengan keselesaan lagi dan terus lelap.
Agaknya bila dah nyenyak muka Adik tertumus ke towel, bimbangkan dia lemas saya angkat dan letakkan dia di tempat tidur. Adik lebih selesa tidur dalam bilik. Makin besar makin sayang pada mereka berdua. Saya tak terbayang bagaimana ada manusia yang sanggup buang kucing atau anak kucing.
No comments:
Post a Comment