13 February 2014

Allahyarham Harun Taib Dalam Kenangan

Tak kira kawan atau pun lawan bersetuju bahawa Allahyarham Ustaz Harun Taib berjasa dalam menegakkan agama Islam di negara ini. Makanya kehilangannya tentunya menjadi kesugulan kepada umat Islam di negara ini. Perasaan dan pandangan saya terhadap perjuangan beliau telah diterjemahkan oleh Srikandi. Rasanya ramai yang mempunyai pandangan sedemikian, mengkagumi dan menghormatinya dengan apa yang dia pegang sebagai perinsip Islam dan diri. Apa kata kita ikuti penulisan Srikandi...

Allahyarham Ustaz Harun Taib adalah seorang pejuang Islam yang saya kagumi. Beliau saya kagumi kerana sikap beliau jelas dan tegas dalam apa jua isu. Sikap begini adalah 'core' dalam sifat yang mesti ada pada para pejuang Islam dan orang yang berangan-angan nak jadi pejuang Islam.

Allahyarham tak takut pada Teresa Kok. Allahyarham tak takut pada Lim Kit Siang.Allahyarham tak takut pada Tun Dr. Mahathir, DS Najib atau para elit UMNO. Allahyarham bukan pengkagum DS Anwar Ibrahim.

Hukum agama tetap hukum agama. Tiada kompromi. Beliau tak terikut dengan kejahilan dan ketololan 'tahalul siyasi' sampai prinsip perjuangan digadaikan. Datanglah mana-mana isu pun. Datanglah bapak kafir besar sekali pun. Datanglah paderi samseng mana pun. Prinsip tetap prinsip.

Orang yang benar-benar tulen memperjuangkan Islam tak akan goyang dengan sesiapa. Berkata benar walaupun pahit. Pejuang Islam totok hanya takut pada Pencipta-Nya.

Mereka ini adalah lelaki-lelaki singa agama yang matang dan dewasa. Mereka ini adalah lelaki maskulin yang kebal dari kepondanan dan kebapukan solidariti kepura-puraan para 'pejuang Islam' celup yang 'wannabe' hari ini.

Lantaklah DAP dan non-muslim lain benci dan menyampah dengan 'konservatif' mereka, lantaklah diprovok sekularis tegar yang degil mengkepala batukan diri demi mengejar dunia yang akan hancur ini, namun mereka tetap gigit prinsip agama dengan gigi geraham mereka kuat-kuat sampai menghembuskan nafas terakhir.

Itulah Allahyarham Ustaz Harun Taib, bekas Ketua Dewan Ulama PAS yang saya kagumi dan hormati sehingga ke akhir hayatnya.

~Srikandi

No comments: