Miz kucing yang saya ambil dari Masjid, sayangnya umur dia tidak panjang dan dia mati dilanggar kereta pada 21 Mei 2012. Manakala Putih adalah anak Kuning, kucing liar yang telah lama bermastautin di kawasan rumah saya. Kuning dan Putih tidak jinak dan sedikit garang.
Pada fikiran saya kalau umur Miz panjang, dia terpaksa berkawan dengan Putih yang hampir sebaya dengannya. Jadi saya cuba mendekatkan mereka. Walaupun sukar kerana setiap kali Miz cuba nak berkawan dengan Putih, Kuning akan serang Miz... kesian dia.
Foto di atas, kali pertama mereka bersua muka, dan foto-foto di bawah kita dapat lihat mereka dah dapat menerima itupun saya terpaksa awasi mereka untuk makan bersama - itu sahaja medium yang boleh dekatkan kedua-dua anak kucing ini.
Mulanya sukar juga, masing-masing dalam keadaan takut dan bimbang. Lawak betul anak-anak kucing ni.. fikir saya
Kalau saya tak awasi, Miz pasti akan kena kerja oleh ibu Putih (Kuning) kerana beberapa kali saya kerap terjumpa Kuning sedang bergaduh dengan Miz. Itu yang buatkan saya bawa Miz masuk ke dalam rumah, apabila Miz keluar saya akan ikut menunggu dia sehingga dia masuk semula ke dalam rumah. Kucing ni pun macam UMNO dan PAS, tak boleh bersua muka.
Akhirnya, selepas lebih kurang 10 minit nampak kedua-dua ekor anak kucing ini boleh makan bersama dengan aman dah tak macam mula-mula. Masing-masing mengadap makan dengan khusuk dalam pinggan masing-masing.
No comments:
Post a Comment