22 May 2012

Kelebihan Bulan Rejab? Adakah Dalam Islam

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: "Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat". Sabda Nabi s.a.w. lagi: "Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku".

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Tahukah kawan-kawan apakah keistimewaan bulan-bulan kembar 3 itu?


Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya;
Sya'aban dengan malam NISFUnya; dan
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Kelebihan Bulan Rejab:

1.   Mengikut kata orang-orang alim, malam awal di bulan Rejab doanya mustajab. Sila rujuk Kitab Raudhoh Iman Nawawi.
2.  Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat ganjaran syurga tertinggi (Firdaus).

3.   Puasa 2 hari dalam bulan Rejab pula dilipat gandakan pahalanya.

4.   Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang
menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

5.   Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar serta dijauhkan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

6.   Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

7.   Puasa 6 hari pada bulan Rejab, seseorang itu keluar dari kuburnya dengan wajah bercahaya.

8.   Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

9.   Puasa 8n hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

10. Puasa 9 hari pada bulan Rejab dibangkitkan dari kuburnya dengan mengucap dua kalimah shahadah dan insan ini tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

11. Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah menjadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

12. Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

13. Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s. Begusnya...

14. Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. 

Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur). 
Berkata Saidina Ali:

     * Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
     * Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
     * Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Lain-lain sumber pula menyatakan bahawa Kelebihan bulan Rejab lebih jika dibandingkan dengan segala bulan seperti mana kelebihan Qur'an atas segala Qalam. 

#   Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga. 

#   Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

#   Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang
meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib
baginya:

     * Diampunkan dosanya yang lalu.
     * Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
     * Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

#   Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab digalakkan bersedekah pada setiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab pahalanya seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan untuknya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapus seribu kejahatan.

#   Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dengan seribu bidadari yang lebih cantik daripada matahari seribu kali.

#   Bulan Rejab adalah bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah
daripada api neraka kerana kemuliaannya bulan Rejab itu adalah Bulan Allah. Allah
menjadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih dipenuh dengan Malaikat bersama dengan panji-panji berhimpun pada setiap malam Rejab - mereka meminta
ampun untuk Umat Muhammad. Allah menjawap: "Telah aku ampunkan mereka!" Barang siapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali dalam bulan Rejab maka di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

#   Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitab Raudatul Ifkar)

#   Puasa pada 27hb bulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesarannya hari ISRAK-MIKRAJ.

#   Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab - dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

#   Siapa berpuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3,000 tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik) ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

#   Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.



REJAB bulan menabur benih.

SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Pandangan Dari Adnee:


Wahai sahabat-sahabatku, walaupun ada yang menyatakan bahawa hadis-hadis yang menceritakan kelebihan bulan Rejab ini adalah hadis palsu dan daif, tetapi tidak salah kalau amalan itu kita lakukan semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah. Selagi ianya tidak haram.... bagi amalan yang didapati haram atau menjejaskan nama baik rasulallah SAW, adalah lebih baik kalau kita hentikan sahaja.


Saya mengikuti ceramahn Ustaz Fauzi Mustaffa melalui radio KL, beliau menerangkan bahawa kebanyakan kelebihan bulan Rejab di atas adalah dari hadis palsu. Mengikut beliau lagi, tiada ada hadis yang jelas mengenai puasa di bulan Rejab, apa yang ada adalah Rasulallah SAW menggalakkan puasa di bulan haram sahaja. Oleh yang demikian, apabila kita berhasrat untuk berpuasa di bulan rejab ini maka niatkanlah puasa di bulan haram sahaja.


Jika ada pendapat atau pandangan sila maklumkan saya. Terima Kasih. 

No comments: