Beginikah rupa bapa syaitan |
Ketua kepada golongan ini adalah Azazel. Sebaik sahaja golongan ini mengingkari perintah Allah, mereka dipanggil sebagai syaitan atau Iblis laknatullah (devil of lucifer). Di dalam kitab-kitab yang dipercayai oleh umat Islam, Allah mencipta syaitan daripada api. Mereka juga adalah akar keturunan golongan Jin.
Selepas Nabi Adam as dijadikan, Allah memerintahkan kepada semua malaikat termasuk Azazel untuk memberi penghormatan dengan sujud kepada Adam. Semua malaikat memberikan hormatnya kepada Nabi Adam as, tetapi Azazel ingkar, kerana keingkaran untuk sujud kepada Nabi Adam maka Azazel telah dikeluarkan daripada syurga. Allah bertanya kepada Iblis: "Apakah yang menghalang kamu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tanganKu?" Iblis menjawab: "Aku adalah lebih mulia dari Adam. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakan dia dari tanah" kata-kata ini menunjukkan bahawa Iblis bersikap sombong dan bongkak dengan kejadiannya yang disangkanya lebih tinggi daripada Adam as.
Akibat terkeluarnya Iblis daripada syurga, dia telah memohon kepada Allah untuk membenarkan dia hidup lama sehingga hari akhirat. Iblis juga berjanji dan berkata kepada Allah bahawa dia dan pengikutnya akan merosakkan Nabi Adam as dan seluruh keturunannya. Allah bersabda bahawa manusia yang mengikuti perintahNya, tidak akan dapat dirosakkan oleh Iblis, tetapi manusia yang mengikuti Iblis akan turut dibinasakan dan diseksa di dalam api neraka bersama-sama dengan Iblis dan kuncu-kuncunya. Akhirnya syaitan dapat juga menyebabkan Nabi Adam as dan isterinya Siti Hawa terkeluar dari Syurga. Maka bermulalah usaha Iblis dan tentera-tenteranya menghasut anak cucu Adam as sehingga kini. Syaitan merupakan golongan penghasut yang juga merupakan keturunan kepada iblis laknatullah.
Berbagai-bagai pendapat mengenai syaitan dan anak keturunannya. Mengikut Zaid bin Mujahid mengatakan iblis mempunyai 5 ekor anak, ada pula yang mengatakan syaitan mempunyai 7 ekor anak. Manakala Saidina Umar al-Khattab ra pula berkata bahawa terdapat 9 jenis anak syaitan di mana masing-masing mempunyai tugas jahat yang berbeza-beza. Setiap dari mereka telah melahirkan keturunan yang lain hasil dari perbuatan zina antara mereka dan syaitan-syaitan betina yang lain. Anak-anak syaitan tersebut adalah:
1. Zalituun/ Zaknabur. Syaitan ini duduk di pasar/ kedai, tugasnya adalah:
a. untuk memastikan ekonomi dunia dan perniagaan tergugat.
b. menghasut manusia sehingga hilang sifat jimat cermat dengan menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
c. menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan, kecurangan dan penipuan dalam muamalah (perhubungan).
d. Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan.
e. mengajak manusia dalam melakukan riba (bunga atau faedah dalam perniagaan).
2. Wathiin. Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan/ A'war. Tugasnya:
a. Menghasut sultan/ raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat dengan menimbulkan keseronokan dengan kedudukan/ kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
b. menghasut manusia supaya mendekati zina dan terus melakukannya dengan apa cara sekali pun.
c. menggambarkan keenakan dan keseronokan berzina dalam akal fikiran manusia dan mengobar-kobarkan nafsu.
4. Haffaf.
a. Berkawan baik dengan kaki botol.
b. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam dan tempat yang ada minuman keras).c. tugasnya adalah menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan.
d. Ketika manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah,
e. membisik manusia agar melakukan segala kejahatan seperti berzina, bunuh diri, menghisap dadah, minum arak, berjudi supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali kepada Allah.
5. Murrah.
a. Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
b. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.
6. Masuud/ Miswath. Duduk di bibir mulut manusia supaya:
a. melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
b. menyampaikan berita dusta atau penipuan yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar agar manusia itu akan kucar-kacir hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat.
7. Daasim/ Dasim. Duduk di pintu rumah kita dan tugasnya adalah:
a. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).
b. menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah, dan permusuhan.
c. selalunya dalam kes rumahtangga dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.
8. Walahaan/ Walhan/ Khanzab.
a. Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
b. Menggangu umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwudhuk (bersuci sebelum melakukan sembahyang) menyebabkan umat Islam tidak sah dalam solatnya.
c. Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah.
d. Menghalangi umat Islam dalam melakukan solat, menggangu umat Islam dalam melakukan solat (sembahyang).
e. serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah dan mengelakkan agar sembahyang menjadi sempurna.
f. menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu perar atau benda.
9. Lakhuus
a. Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/ matahari
Jadi diingatkan agar manusia sentiasa beringatkan bahawa syaitan merupakan musuh utama yang amat perlu dielakkan. Allah SWT sama sekali melarang untuk hambanya mengikut taghut (perkara yang melampaui batas seperti menyembah selain Allah) dan menjadikan syaitan sebagai idola dalam aktiviti seharian.
Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?
No comments:
Post a Comment