14 May 2012

Saya Tak Berapa Sihat Hari Ini

Hari ini 14 Mei 2012, saya bangun awal pagi bersedia untuk ke pejabat, selepas bersiap-siap berpakaian dan menunggu azan subuh, saya rasa sukar untuk bernafas - biasalah penyakit sejak kecil (athma), selepas solat subuh sahaja saya terus ambil 2 puff in-haler dan naik atas katil semula kerana rasa tidak selesa, apabila selepas 5 minit tidak ada perubahan saya mengambil keputusan untuk bercuti sahaja. 


Akibatnya saya rasa takut untuk memandu kalau-kalau terblack-out (udara tak cukup dalam otak). Akhirnya saya terpaksa call opis untuk ambil Cuti Kecemasan. Sayang habiskan cuti hanya kerana masalah kesihatan, sedangkan saya perlukan cuti yang banyak untuk aktiviti bersama keluarga. Memang tidak dapat dinafikan apabila duduk sorang-sorang di rumah saya mengeluh bahawa susahnya bila usia dah meningkat dan penyakit ini seperti dah immune, makan ubat dan ambil in-haler 2 jenis pun sukar nak sembuh terus. Satu lagi sebab sukar untuk baik adalah kerana saya tidak tahan berpantang, berpantang nampak bolehlah... terutamanya makanan yang dibuat dari pulut.... dalam keadaan sakit pun saya masih boleh makan pulut dan malam hari mulalah menderita.


Saya perasan penyakit saya ini semakin teruk sejak 2 tahun lepas, iaitu selepas saya bertukar ke HATTM. Selalunya awal pagi Isnin atau Khamis penyakit ini akan menyerang sehingga sukar untuk bernafas dan berbunyi-bunyi, mungkin disebabkan pada hari Sabtu, Ahad dan Rabu aktiviti saya agak lasak seperti mengemas rumah, cuci bilik air, cuci kereta dan halaman rumah dan sebagainya, atau mungkinkah kucing-kucing liar banyak di rumah saya. 


Saya pernah terfikir, adakah sebab kematian saya nanti disebabkan oleh athma ini... maklumlah duduk sendirian takut orang tak perasan saya dah keras di dalam rumah. Walaupun begitu saya sentiasa berdoa agar kalau malaikat maut nak ambil nyawa saya pun biarlah saya di kelilingi orang-orang yang saya sayang. Kalau masa ayah saya ada dulu dia akan selalu call saya untuk pastikan sama ada saya sihat atau tidak.


Pernah juga saya rasa kecewa sangat dengan penyakit ini terutamanya apabila saya mengaji Al Quran di hadapan ustaz, nafas saya sangat pendek dan macam tak sempurna bacaan saya kerana asyik-asyik ulang bacaan, nasib baik Ustaz Ramli memahami keadaan saya, jadi dia terpaksalah terima bacaan saya tu. Yang membimbangkan saya adalah semasa ujian oral nanti (mungkin bulan Oktober 2012), adakah ustaz lain faham akan keadaan saya ini.... adui peperiksaan dah makin dekat.


Kepada kawan-kawan tolonglah doakan untuk saya supaya Allah menyembuhkan penyakit saya ini. Terima kasih.

No comments: