14 May 2012

Alam Kubur Itu Benar

Gambaran yang menakutkan
Jambatan Siratulmustakim macam ni ke? 
Kematian itu adalah benar, semua makhluk Allah akan merasainya tanpa kita mengetahui tarikhnya. Kematian adalah pintu masuk ke alam lagi satu. Tetapi kita sangat takut akan kematian... kenapa agaknya.

Selepas kematian kita, bagi orang Islam tidak digalakkan untuk menyimpan jenazah lama-lama sebaliknya dianjurkan untuk dikebumikan dengan segera yang mungkin. Setelah kita 
dimasukkan ke dalam kubur........... apa pulak yang berlaku?

Hadis mengenai azab kubur: 

1. Aisyah ra bertanya tentang azab kubur, Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud: "Ya, azab kubur pasti ada.” (HR. Bukhari – Dalam Kitab Al-Janaiz). 

2. Aisyah ra juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berd
oa dalam solatnya, “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur” (HR. Mutafaqun Alaih).


3.   "Ketika orang-orang yang derhaka kepada Allah tidak mampu menjawab pertanyaan malaikat, lalu ia dipukul dengan besi hingga ia menjerit dengan teriakan yang sangat keras, didengar oleh semua makhluk Allah kecuali Jin dan Manusia,” (HR. Bukhari dan Muslim).

4.    Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraa' bin Aazib ra berkata: Kami bersama Nabi Muhammad SAW keluar menghantar jenazah seorang sahabat Anshar, maka ketika sampai di kubur dan sebelum jenazah dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad SAW duduk dan kami duduk di sekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung di atas kepala kami, sedang Nabi Muhammad SAW mengorek-gorek tanah dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda: "Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksaan kubur". Nabi Muhammad SAW mengulangi sebanyak 3 kali. Lalu Nabi Muhammad SAW bersabda lagi "Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk di depannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk di dekat kepalanya dan memanggil: "Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan ridhaNya."

Fasa Kehidupan

Alam kubur adalah alam perantaraan kehidupan dunia dan akhirat. Mulanya kita berada di dalam kandungan ibu selama 9 bulan. Kemudian hidup beberapa tahun di dunia yang fana ini. Setelah itu kematian akan menemui kita maka kita akan berada di
alam barzakh untuk beberapa ketika; kemudian manusia akan dibangkitkan semula. Setiap fasa kehidupan mempunyai objektif tertentu yang perlu kita fahami. Secara ringkasnya fasa-fasa kehidupan yang kita lalui adalah untuk menuju ke suatu tempat yang kekal dan abadi, iaitu syurga.

Dunia adalah pentas bagi setiap manusia untuk menyediakan bekalan bagi fasa kehidupan yang berikutnya. Tetapi malangnya ramai di antara kita yang terlupa bahawa dunia ini adalah sementara sahaja. Apa sahaja yang berlaku di dunia ini ada ganjaran dan hukuman yang perlu kita terima sama ada di dunia, di alam kubur atau di akhirat.

Terdapat 5 alam yang pasti dilalui oleh setiap manusia iaitu:

1.  Alam Roh
Alam di mana setiap manusia telah berjanji akan menyembah Allah dan mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya. Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.

2.  Alam Rahim
Selama 120 hari berada di dalam rahim (manusia mula tidak lagi mengingati segala peristiwa dan perjanjian di Alam Roh).

3.  Alam Dunia
Manusia hidup di dalam satu alam yang amat-amat singkat tetapi amat-amat penting untuk alam yang seterusnya di mana di sini adalah tempat mendapatkan bekalan ke alam seterusnya. Kehidupan di alam ini lebih kurang  sehingga 75 tahun.

4.  Alam Kubur
Alam Kubur adalah bersamaan 40 tahun di mana 1 tahun bersamaan 1000 tahun di dunia. Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi’Sa’iid; Rasulullah saw bersabda :

“Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka”.

5.  Alam Mahsyar

Alam Mahsyar adalah bersamaan 300tahun di mana 1 tahun bersamaan 50,000 tahun di dunia. Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiup oleh Malaikat Israfil. Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yang kedua menghidupkannya kembali di mana bumi memuntahkan isinya.


Alam Kubur

Alam kubur pula adalah tempat transit, selama masa ini, seorang yang beriman merasa bahagia, aman dan damai sementara bagi orang kafir merasa sengsara diseksa tanpa henti-henti. Mengikut ramai alim ulama bahawa semua manusia akan merasi himpitan di dalam kubur, siapa pun sama ada kafir atau muslim akan merasakan himpitan kuburin. Namun bezanya penyimpitan yang dirasakan seorang mukmin tidak berlaku selamanya, tidak seperti orang kafir yang akan berterusan himpitan kuburnya hingga hancur tulang-belulangnya. Keadaan ini adalah seperti mana sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya kubur itu memiliki himpitan, seandainya ada orang yang selamat darinya, maka selamatlah Sa’ad Bin Mu’adz.”

Untuk pengetahuan kawan-kawan Sa’ad Bin Mu’adz mengalami himpitan kubur, sedangkan dia adalah seorang pemimpin yang penuh dengan kemuliaan, kematiannya menggoncangkan ‘Arasy, dibukakan baginya pintu-pintu langit. Kesyahidannya disaksikan oleh seramai 70 ribu para malaikat.

Hadis yang diriwayatkan oleh Nasa’I dari Rasulullah SAW: “Kematian Sa'ad bin Mu'adz menggoncangkan ‘Arasy, dibukakan baginya pintu-pintu langit, pintu yang banyak, Kesyahidannya disaksikan oleh 70 ribu malaikat, maka sungguh ia mengalami himpitan kubur, kemudian Allah melapangkannya.”

Apabila Sa’ad Bin Mu’adz seorang pemimpin yang besar, hamba Allah yang soleh dan mendapatkan mati syahid mengalami himpitan kubur, bagaimana pula dengan kita? Allahuakhbar. Mohonlah keampuanan dari ALlah "Ya Allah terimalah taubat-ku, selamatkanlah aku dari azab kubur".

Rasulullah SAW bersabda “Seorang manusia apabila diletakkan dia di dalam kuburnya dan sahabatnya berpaling pulang sedang ia mendengar suara sandal (sepatu) mereka akan datang kepadanya dua malaikat dan mendudukkannya dan bertanya.

SIAPAKAH TUHAN-MU? 

SIAPAKAH NABI-MU ? 
APAKAH AGAMA-MU ? 
dia menjawab:
ALLAH ADALAH TUHAN-KU, 
MUHAMMAD ADALAH NABI-KU, 
ISLAM ADALAH AGAMA-KU.

Maka terdengarlah seruan dari langit, “Benar Hambaku, hamparkan baginya tikar dari syurga, lalu angin dan wangi syurga datang kepadanya kemudian kuburnya diluaskan seluas mata memandang, seorang yang rupawan datang menemaninya, yang tiada lain itulah amal solehnya.” Manakala bagi manusia yang engkar dan membelakangkan seruan Allah dan Rasulnya sudah tentu tidak mampu untuk menjawab soalan-soalan di atas yang sangat mudah bagi kita semasa di dunia ini. Apabila jawapan yang diberikan salah atau tidak betul maka t
erdengarlah suara penyeru dari langit. "Hambaku ini seorang pendusta. Hamparkan padanya tikar dari api neraka, bukakan baginya pintu neraka, panas dan keringnya neraka mendatanginya. Kubur disempitkan sampai pecah tulang-tulangnya, seorang berwajah dan berpakaian buruk serta berbau busuk datang kepadanya. Yang tiada lain itulah amal buruknya". (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Hakim dan Baihaqi).

Yang menjadi persoalannya adakah kita boleh menjawab soalan-soalan di atas dengan lancar dan betul? Oleh itu alam dunia ini adalah tempat kita melaksanakan sunah-sunah Rasulallah dan melaksanakan kehendak Allah SWT, kerana hanya dengan cara itu sahaja kita akan mampu menjawab soalan-soalan tadi. Tetapi saya sendiri pun sangat memahami bukan mudah untuk melaksanakan 2 perkara tersebut.

Doa Memohon Keampunan Allah:



Terjemahannya :

“Mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”. (Surah Al-A’raf : Ayat 23 )

Doa ini boleh dibaca sebagai doa taubat. Apabila kita telah melakukan dosa besar atau dosa kecil. Maka wajib bagi kita memohon ampun dari Allah SWT, lalu bacalah doa ini. Bacalah doa ini setiap kali selepas solat dengan hati yang iklas dan tawaduk.

Doa ini dibaca oleh Nabi Adam AS setelah baginda diturunkan ke bumi setelah tersilap mendengar hasutan iblis laknatulallah setelah termakan buah khuldi dari pohon yang terlarang di dalam syurga.

Cerita Alam Masyhar pada entri yang akan datang



Kepada sahabat-sahabat sekelian sebarkanlah nasihat ini jika anda rasakan ianya memberi manfaat kepada keluarga, rakan-rakan dan sahabat muslim yang lain.

No comments: