16 May 2012

Kisah AB Bapa Pendidikan Malaysia

Ada sesiapa yang kenal dengan Aminuddin Baki (AB)? Mungkin jawapannya 'ya saya kenal sebab namanya banyak diabadikan di banyak tempat seperti Institut Aminuddin Baki, Sekolah Aminuddin Baki, Yayasan Aminuddin Baki dan sebangainya' atau jawapnya 'tidak... siapa dia'. Bagi saya sendiri terus terang saya katakan saya tidak mengenali secara jelas siapakah Aminuddin Baki ini, tetapi apabila namanya diabadikan kepada banyak tempat dan kebanyakannya adalah di lapangan pendidikan, saya rasa beliau ini adalah seorang yang sangat berjasa dalam bidang pendidikan negara ini. Lalu saya mencari ceritanya, kalau boleh saya nak tau di mana dia dilahirkan, siapa orang tuanya, apa pendidikan yang diterimanya dan kenapa beliau meninggal dunia dalam usia yang sangat muda.


Aminuddin Baki dilahirkan oleh sepasang suami isteri pada 6 Januari 1926 di sebuah kampung yang bernama Chemor di Perak. Jadi beliau adalah anak jati Peraklah ya, tetapi saya ada terbaca bahawa keturunan di sebelah ayahnya AB ini berasal dari Rembau, Negeri Sembilan, malangnya saya tidak mempunyai maklumat selanjutnya.

Pendidikan awal yang diterima oleh AB, beliau mula menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Chemor pada tahun 1932 dengan keputusan yang baik pada tahun 1936, beliau menyambung pengajiannya di Sekolah Anderson, Ipoh yang pada masa itu merupakan Sekolah Inggeris terbaik Negeri Perak. Beliau menamatkan pengajiannya di sekolah tersebut pada tahun 1941.

Mengikut banyak catatan AB mula menunjukkan minat dengan persatuan pelajar sekitar tahun 1945 hingga 1946. Secara khususnya beliau sangat kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pa
da 20 November 1945 di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Pada awalnya persatuan itu hanya mempunyai 11 orang ahli sahaja di mana AB telah dilantik sebagai setiausaha. Pada 11 Februari 1946 persatuan ini menukar nama kepada Kesatuan Persuratan Penuntut-penuntut Melayu dan tujuan persatuan diluaskan sebagai alat untuk menyatukan semua persatuan 
Sumber : KOSMO 25 Disember 2007
pelajar di Tanah Melayu. 


Selepas 2 bulan kemudian, iaitu pada April 1946 AB telah menubuhkan Persatuan Pelajar di Perak yang dikenali sebagai Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI). Perkembangan politik negara pada masa itu juga membangkitkan semangat AB dan rakan-rakannya di mana semasa orang-orang Melayu sibuk untuk menubuhkan UMNO bagi menentang penubuhan Malayan Union, dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin persatuan pelajar diberikan semangat untuk berusaha seiring ke arah pencapaian matlamat mereka. Oleh yang demikian, AB dan pemimpin pelajar lain mengambil keputusan untuk menubuhkan persatuan yang lebih kuat lagi dan lebih menyeluruh. 7 buah persatuan telah bersidang selama 2 hari di Jalan Tambun, Ipoh dan hasil daripada persidangan maka tertubuhlah Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948 (tak sangka rupa Tun Dr Siti Hasmah juga terlibat). Besar sungguh jasa AB kepada anak-anak bangsanya. Saya sendiri semasa bersekolah dulu pernah menyertai GPMS dan pernah bergerak walaupun kurang aktif. Kini baru saya sedar bahawa GPMS adalah cetusan idea beliau dan rakan-rakannya.
Sumber: KOSMO 25 Disember 2007


Namun begitu kegiatan AB tidak dapat diteruskan, di mana pada tahun Oktober 1947 AB terpaksa berhenti bergiat aktif buat sementara di dalam persatuan pelajar kerana ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di Kolej Raffles dan kini merupakan sebahagian dari Universiti Nasional Singapura sejak 8 Oktober 1949. Sekali lagi AB melanjutkan pelajarannya, kali ini di Universiti Malaya, Singapura semasa di kampus beliau mengikuti perkembangan persatuan dari jauh sahaja. Pada tahun 1950, AB mula bergiat aktif semula dalam GPMS dan dilantik sebagai Yang Dipertua.

Semasa AB menuntut di universiti, Aminuddin tidak pernah membuang masa, sebaliknya beliau menimba pengalaman dengan mengajar sebagai guru sambilan di Sekolah Malam Anglo-Melayu mulai dari tahun 1949 hingga 1951. AB lulus peperiksaan Sarjana Sastera pada tahun 1950 dan pada tahun berikutnya, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dengan Kepujian. AB kembali ke Perak dan menjadi guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf di Batu Gajah. Pada tahun 1951 hingga Julai 1952, beliau telah menaburkan baktinya di Sekolah Anderson di mana beliau pernah menjadi penuntut di sekolah tersebut. Sebagai seorang yang sentiasa bersemangat dan kuat mengejar impiannya, AB telah melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti London dengan Biasiswa Queen. Aminuddin menamatkan pengajiannya pada bulan Julai 1953 dengan dianugerahkan Ijazah Master of Methods dalam bidang pendidikan.

Sekembalinya AB ke tanahair beliau ditawarkan jawatan Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Sumbangan besarnya di sini, di mana beliau memperkenalkan subjek Sejarah Islam kepada pelajar-pelajar walaupun subjek itu tidak termasuk dalam sukatan pelajaran. Pada bulan September 1955 Aminuddin terlibat dalam menyediakan Laporan Pendidikan Razak, seterusnya pada tahun 1960, beliau dipilih sebagai ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Talib. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab mewujudkan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi menggantikan peperiksaan Cambridge yang beroriantasikan penjajah pada tahun 1963. Tidak patut kita lupakan bahawa AB jugalah antara individu yang bertanggungjawab menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia sehingga kini masih berfungsi sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pada usia 36 tahun beliau telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Selangor pada tahun 1962, pada masa yang sama beliau dilantik sebagai Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan). Beliau bergerak aktif dalam persatuan dan pertubuhan-pertubuhan seperti Senat Universiti Malaya, Persatuan Al-Rahman, Persatuan Sejarah Tanah Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka.. AB bukan sahaja diiktiraf di peringkat kebangsaan malahan beliau juga diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai seorang perancang pendidikan yang bijaksana serta berpandangan jauh di Asia oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO), sesungguhnya pengiktirafan yang diberikan kepadanya juga membuktikan bahawa seorang anak Melayu yang berasal dari kampung kecil mampu mencoretkan nama untuk dikenang selamanya oleh bangsanya.

Aminuddin Baki meninggal dunia pada 25 Disember 1965 ketika berusia 39 tahun, masih sangat muda!!. Beliau diserang penyakit jantung selepas menunaikan solat. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. 'Tabung Pendidikan Aminuddin Baki telah dilancarkan di mana akhbar The Strait Times telah memberi kerjasama berkempen mengutip derma daripada orang ramai. Kepemergiannya merupakan satu kehilangan yang sangat besar kepada bangsa Melayu, yang ketika itu amat memerlukan seorang pemimpin yang jati dan tulin seperti beliau.

Saya merasakan bahawa AB patut diberikan pengiktirafan daripada pihak Kerajaan ke atas idea baru yang sangat bernilai untuk membangunkan pendidikan anak bangsa. Walau pun beliau telah lama meninggalkan kita tetapi cetusan ideanya telah memberi nafas baru kepada negara yang baru mencapai kemerdekaan pada masa itu dan kini anak bangsanya maju mengikut jalan yang telah diterokai olehnya.

Saya ingin mengucapkan selamat Hari Guru kepada Bapa Pendidikan Malaysia ini. "Selamat hari Guru Cikgu Aminuddin Baki, semoga rohmu dicucuri rahmat dan di tempatkan di sisiNya bersama dengan kekasih Allah"... Amin

1 comment:

Anonymous said...

This is upright that one time multiple lipomas own been removed, regrowth occurs in the
same areas.

Visit my website :: lipoma back
my page :: lipomasource.com