21 May 2012

Miz Dalam Kenangan

Saya baru sahaja dapat panggilan telefon dari jiran saya, Abang Jaafar - katanya Miz mati dilanggar kereta pagi tadi. Terkejut juga saya kerana pagi tadi saya baru minta tolong Abang Jaafar pegangkan Miz sebab dia suka mengekori saya dan Miz tidak takut pada kereta.

Seperti pagi-pagi yang lain sejak seminggu yang lepas, sebaik sahaja saya bangun tidur, buka pintu dan panggil Miz untuk makan. Selepas itu baru saya mandi dan solat subuh. Apabila saya siap untuk ke pejabat, Miz dah sudah habis makan.

Saya keluarkan Miz dan tumpangkan dia ke rumah sebelah sementara saya memberi makan kepada SiKuning dan anaknya SiPutih  di belakang rumah.

Semasa saya buka pintu pagar untuk keluarkan kereta, tiba-tiba Miz sudah ada di kaki saya, kucing ini memang tidak takut pada kereta. Jadi saya angkat dia dan masukkan ke dalam kereta dan terus mengundurkan kereta. Takut jika Miz mengikut saya, jadi saya minta tolong pada Abang Jaafar untuk pegangkan Miz sehingga saya bertolak ke pejabat.

Ajal Miz cepat sungguh kerana mengikut kata Abang Jaafar selepas Miz makan di rumahnya mungkin dia cuba melintas jalan dan kira-kira jam 7.30 pagi tadi dia dilanggar mati sebuah kereta. Pak Cik India sebelah rumah yang tanam dia (terima kasih Uncle). 

Semalam selepas saya basuh kereta dan mandikan Miz - rupanya Miz titak takut pada air, senang saja saya mandikan dia.

Gambar-gambar Miz bermain di luar rumah selepas separuh hari tidur dengan nyenyak di atas setee.

No comments: