17 May 2012

SUNNAH ZIKIR : MENGIRA ZIKIR DENGAN MENGUNAKAN JARI

Bacalah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Lailahaillah (zikir Fatima) dengan istiqamah dan kiralah dengan jari-jarimu kerana jari-jari ini akan menjadi saksi pada hari kiamat. (HR Tarmizi)

"Barangsiapa yang membaca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahu akbar 33 kali, lalu di genapkan menjadi 100 kali dengan membaca Laa Ilaha Illa Allahu Wahdahu Laa Syarika Lahu, Lahu al-Mulku Wa Lahu al-Hamdu Yuhyi Wa Yumiitu Wa Huwa ‘Ala Kulli Syai in Qadir selepas solat fardhu maka di ampuni dosanya walau sebanyak buih di lautan." (HR.Imam Muslim).

Hazrat Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Sekiranya seseorang yang di sisinya terdapat wang yang banyak lalu dia membahagikan wang tersebut (pada jalan Allah) dan seorang lagi sedang sibuk dengan berzikir maka yang berzikir itu lebih afdal." (HR Imam Tobarani)
Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi)

No comments: