11 March 2011

Kasih Nieza di Jom Bali

Kami berkumpul lagi untuk sekian kali di Jom Bali untuk sama-sama menjamu selera. Kali ini kami dibelanja oleh Nieza. Jadi tajuk di atas sebenarnya adalah Terima Kasih Nieza Kerana Belanja Kami di Jom Bali. Tapi kerana tajuk yang terlalu panjang, jadi bila disingkatkan subjek asal lari, tetapi tajuk jadi lebih komersial. Seramai 4 orang tak ada dalam gambar, walaupun begitu 3 orang yang tak dapat hadir dan Suhaimy jadi jurufoto.



Yang mana satu Nieza, sama cantik sama lawa, Nieza yang pakai baju purple dengan tudung kelabu. Di sebelah Nieza adalah Gee yang senyum dalam kelaparan menunggu tibanya makanan yang dipesan.



Itu dia berbagai jenis minuman yang dipesan, yang paling nampak menarik dan menyelerakan adalah minuman berwarna coklat pekakt dengan berlapiskan semacam kopi. Nor yang pesan minuman tersebut.





Ewah barisan ratu dai hadapan Nor, Vidia, Gee dan Nieza



Dari belakang Suria, Puan Hafisah dan saya. Setiap yang bermula ada akhirnya, begitu juga dengan pertemuan ini..... Alhamdulillah kami dah kenyang. Kami doakan Nieza dimurahkan rekzi yang halal oleh Allah taalah hendaknya.

No comments: