Pada 17 Februari 2011 yang lalu, sekumpulan pegawai-pegawai yang terdiri daripada awam dan tentera telah mengunjungi Pejabat Rekod Hospital Kuala Lumpur (HKL). Lawatan ini telah diusahakan oleh Encik Mansor bin Wari seorang Pegawai Rekod Hospital kami. Kami telah disambut dengan baik dan sangat mesra oleh Ketua Pejabat Rekod HKL dan pegawai-pegawainya. Usaha yang dibuat oleh Encik Mansor sangat baik dan bergna memandangkan kami hospital baru, umpamakan bayi yang baru belajar merangkak, berjalan dan kini kami dalam usaha untuk berlari. Menyedari petapa pentingnya Pejabat rekod sesebuah hospital, maka usaha yang dilakukan oleh Encik Mansor ini perlu dihargai.
Rombongan dari HATTM ini telah diketuai oleh Lt Kol Hajah Noor Sabrina binti Abdullah, Ketua Bahagian Pengurusan. Foto di atas Ketua Pejabat Rekod HKL Puan Noor Aznim Ainy binti Ahmad memberikan taklimat ringkas dan kemudian disambung oleh Tuan Haji Ibrahim dan Encik Wahab kedua-dua mereka adalah Ketua Zon. Seperti yang saya katakan di atas tadi kami disambunt dan dilayan dengan baik oleh mereka, sarapan pagi disediakan sebelum taklimat dan lawatan diteruskan.
Sebahagian daripada ahli rombongan dari HATTM yang sedang menikmati sarapan pagi. Untuk makluman semua, kami juga dijamu dengan makan tengahari yang lazat selepas lawatan ke pejabat-pejabat dan gudang rekod selesai dilakukan.
Barisan orang kuat Pejabat Rekod HATTM yang bersungguh-sungguh untuk memahami apa yang disampaikan oleh Ketua Pejabat Rekod HKL. Agaknya mereka juga cuba untuk mencapai kecemerlangan yang dicapai oleh pejabat ini. Apa pun bagi saya kalau dapat kurangkan kes keilangan rekod, atau tersilap simpan rekod alangkah baiknya. Dengan itu akan juranglah juga komplin dari pengguna. Tak apa Zaki dan Azli teruskan usaha sehingga berjaya.
Ketua Bahagian Pengurusan khushuk mendengar taklimat oleh Encik Wahab mengenai cara pengendalian rekod-rekod pesakit di HKL. Di sini kami diperkenalkan dengan sistem koding, warna dan nombor bagi memudahkan visual rekod-rekod pesakit dilihat oleh pencari fail. Di samping itu pejabat ini juga mempunyai sistem pengkomputeran yang agak sofistikated bagi memudahkan rekod dikesan di mana sahaja di dalam hospital ini.
Dengan menggunakan sistem ini rekod boleh dikesan dalam tempoh beberapa saat sahaja.
Sebahagian daripada ahli rombongan yang mendengar taklimat di samping melihat sendiri sistem penyimpanan rekod di gudang. Akhirnya kami ahli rombongan khasnya dan warga HATTM amnya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Pejabat Rekod HKL atas kesudian mereka menerima dan berkongsi ilmu dengan kami. Semoga budi baik mereka Allah sahaja yang akan membalasnya. Terima Kasih juga kepada HKL.
No comments:
Post a Comment