28 March 2011

Nikmat dan Azab Seteguk Air

Ulamak sufi Syaqiq Al Balkhi pernah bertanya pada Khalifah Harun Ar Rasyid yang memimpin Daulah Bani Abbasiah, katanya "Wahai Khalifah! sekiranya tuan hamba sedang berada di tengah padang pasir yang luas terbentang dengan kepanasan yang membakar kulit serta merasa kehausan yang amat sangat. Tiba-tiba datang seseorang yang menawarkan seteguk air, berapakah tuan sanggup bayar untuk air itu?" , Jawab Khalifah Harun, "Apa saja yang dikehendakinya olehnya, aku akan bayar."

"Jika orang itu meminta separuh dari kerajaanmu, bagaimana?" , Jawab Khalifah, "Aku akan penuhi permintaannya itu", soal Syaqiq lagi, "Baiklah, sekarang Khalifah telah selamat dari maut kerana mendapat seteguk air. Seandainya air yang Khalifah minum itu tiba-tiba tidak boleh keluar (buang air kecil) dan jika dibiarkan akan menyebabkan penyakit yang membawa maut, lalu datang seorang pakar yang sanggup mengubatinya tetapi ia juga meminta bayaran yang sangat tinggi seperti separuh dari kerajaanmu yang masih ada, adakah Khalifah akan setuju?"

Jawab Khalifah, "Tentu aku setuju." Kata Syaqiq, "Sekarang Khalifah telah tahu nilai nilai kerajaan yang Khalifah tadbir sekarang ini hanyalah boleh dibeli dengan seteguk air, jadi kenapa kita mahu bermegah dengan kemewahan yang kita miliki, sedangkan pada sisi ALLAH ia tidak memberi apa-apa makna pun. Bukankah besar dan mahalnya nikmat kesihatan yang dianugerahkan oleh ALLAH kepada setiap makhlukNYA, oleh itu jadilah kita hamba yang bersyukur."

Petikan dari Sesawang Mymasjid.
Untuk memberi respond kepada topik ini, sila ke URL berikut:
http://wwwmymasjid.com.my/forum/show.asp?id=260146

No comments: