Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
11 November 2010
Wahai Sahabatku
Allah menjadikan manusia berkomuniti, tiada manusia yang boleh hidup tanpa keluarga, pasangan atau sahabat/ kawan, umpama kata peribahasa Inggeris "no man is an island". Selain daripada keluarga, sahabat merupakan insan yang tidak kurang penting dalam kehidupan seseorang manusia. Sahabat/ kawan sepatutnya menjadi teman berkongsi suka dan duka, dan sahabat juga merupakan cermin kepada kita. Melalui sahabat, kita dapat membaiki kelemahan diri, amatlah rugi sekiranya seseorang itu menjadikan sahabatnya bagaikan musuh - cuba mencari kelemahan atau mereka-reka cerita untuk memburukkan sahabatnya tadi.
Pada mata kasar nampak hubungan mereka baik dan akrab atau ada yang umpamakan bagai kembar, apa tidaknya sering bersama... malangnya di belakang sahabat... lain pula ceritanya... berbagai cerita direka untuk menyedapkan cerita tersebut. Alahai sahabat.... kenapa jadi begini. Pada pandangan saya jika seseorang itu mempunyai perasaan bahawa tiada orang lain yang lebih baik daripadanya, bersifat egoist, sombong, penting diri sendiri, self centered, angkuh, bongkak, opportunist dan takbur mereka kerap terlupa bahawa insan lain di sekelilingnya juga mempunyai perasaan. Biasanya orang sebegini, insan terdekat dengannya seperti suami, isteri, ibu, bapa, adik-beradik, anak termasuk anak tiri atau anak angkat dianggap tidak sempurna dan sering menyakitkan hatinya.
Kalaulah mereka yang bersahabat masih dalam usia yang muda tentu banyak lagi masa untuk membaiki hubungan tersebut, apa pulak akan terjadi jika usia persahabatan ini sudah lama, sudah tentu usia sahabat-sahabat ini juga menjangkau separuh abad... bagaimana perasaan masing-masing, tentunya hati-hati tersebut akan terguris dan menjadi jauh dari sahabat. Agaknya kalau saya menjadi sahabat tersebut saya akan jauhkan diri dari sahabat sebegini, itu kata hati.... adakah benar kata hati itu akan dituruti.... bagaimana kalau sudah melihat rupa sahabat... dalam duka tentu dia akan disapa dan cuba benamkan hati yang terguris demi sebuah persahabatan. Saya dan beberapa orang sahabat saya telah mengharungi lalu persahabatan dengan payah dan senang, kami bertemu... berpisah... bertemu semula dan berpisah lagi, kalaulah usia persahabatan telah berusia lebih 20 tahun ini tidak dapat dipertahankan, biarlah saya sepikan diri dari mendengar rekaan-rekaan cerita yang akan menjadikan diri saya berfikir secara negatif, walaupun yang sbenarnya rasa rindu pada kawan-kawan kuat memberontak untuk bertemu dan bertanya khabar, tapi seperti yang saya katakan di atas... bilalah ianya membeku dan reput dimamah minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun...... mungkin ianya dapat dilupakan jua.
Saya teringat sabda Rasulallah SAW yang bermaksud, jika melepasi umur 40 tahun, manusia itu tidak berubah sikapnya dari kurang baik kepada yang lebih baik, maka nampaknya dia akan kekal dengan sikap buruknya sehingga akhir hayatnya.
Wahai sahabat-sahabatku tegurlah sahabat-sahabatmu dengan ikhlas dan penuh rasa sayang, jangan sekali-kali mengata di belakangnya, kerana dia akan amat merasa sedih jika disampaikan oleh orang lain kata-kata dari mulutmu. Ingatlah sahabat-sahabatku hidup kita dah tak lama, sepatutnya kita perlu lebih akrab kerana jika dia tiada kita akan merinduinya nanti. Masa itu kita akan rasa kesal yang amat sangat, tapi nak minta maaf dah tak dapat.... jadi cubalah sahabat-sahabatku kurangkan kata-kata nista kepada seseorang yang pernah menjadi sahabatmu, yang pernah makan bersama, menangis bersama, sudah tentu ketawa pun bersama. Di hujung kehidupan ini kita patut membuang bekalan yang rosak dan menambah dengan bekalan yang lebih baik, cantik dan mulia.
Saya sedih bila ada sahabat sebegini....... minta Allah jauhkan sahabat yang sebegini daripada saya. Tiada maaf bagi mereka???????????? ye ke!!!!!!!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Sangat bersetuju..d tulis dgn cantik & indah..sangat bermakna..moge kpd siapa yg membaca dpt muhasabah diri...
Tapi rasanya dia tak tahu alamat blog saya. Walaupun begitu, kepada sahabat-sahabat saya yang lain ambillah cerita ini sebagai ikhtibar dan fahami erti persahabatan. Kalau boleh kita berjasa dan bersahabat sehingga mati. Dan bila kita tiada kita tetap dikenang oleh sahabat tadi dan diharap kita jua akan didoakan oleh mereka.
Saya berdoa agar Din akan ditemukan dengan bos yang ok dan menjadi sifu untuk membangunkan bakat dan kebolehan Din. Moga bertemu dengan sahabat-sahabat yang ikhlas dan setia sehingga ke syurga.
Saya pun amat bersetuju... cerita ini amat mengusik di jiwa... harap2 atie pun x kn ada sahabat sebegitu...minta Allah jauhkan dr dipertemukan dgn sahabat yg sebegitu...
Apa yg dpt atie katakan,kita hanya mampu utk berdoa agar sahabat td akan berubah menjadi seseorang yg lebih baik....
Aminnnn Atie, apa pun... kalau kita dah biasa bersahabat... kita akan bersahabat dengan ikhlas, tak kiralah dengan siapa pun. Allah akan jadikan hati kita ikhlas sejak awal bersahabat tanpa teringat untuk belot kepada sahabat. Hanya orang-orang tertentu sahaja (yang sakit psikology) akan merasakan orang lain walaupun keluarga atau sahabatnya sebagai saingan. Itu yang menjadikan dia cuba atasi keluarga atau sahabatnya tadi. Untuk berubah dia kena analisis dan muhasabah diri sendiri dengan sejujur-jujurnya, lawan bisikan iblis dan syaitan yang membisikkan kepadanya bahawa orang lain (keluarga dan sahabat) berhasrat untuk menganiaya dirinya. Sifat orang seperti ini terlalu defensive membuatkan hatinya tidak tenang selagi belum menyatakan apa yang ada dalam dirinya. Itu yang kadang kala apa yang dikatakannya tidak kita fahami kerana imaginasi orang seperti ini amat kuat. Sifat lain orang seperti ini adalah serkap jarang.
Atie, sampaikan salam saya kepada semua sahabat-sahabat di sana. Rasa rindu pila pada you all semua terutamanya Din dan Intan, tak sangka semua staf saya rupanya meninggalkan Pero 5 dalam tahun yang sama.
Rupanya kisah aku di Pero 5 masih hangat diperkatakan oleh sahabatku itu, hari ini aku mengambil keputusan untuk tidak menganggapnya sebagai sahabatku lagi dan selepas ini akan menggunakan term orang itu sahaja. Kalau kekawan merasakan aku kecil hati dengan apa yang dilakukannya itu memang benar. Sekaran ini aku dalam keadaan yang sangat menyesal mengenali dia. Aku pernah berhasrat untuk mengubah dirinya.... kerana orang itu sebenarnya tidak akan senang hati dengan sahabat baiknya. Semua sahabat baiknya akan dijadikan musuh apabila mereka telah berkawan. Ada sahaja yang tidak kena pada sahabatnya. Malahan bukan itu sahaja, anak tiri dan jiran-jiranya juga semuanya jahat dan mempunyai agenda yang buruk kepadanya. Bolehlah aku ertikan sesiap sahaja yang baik dengannya dan dilihat cuba melebihi orang itu akan menjadi musuhnya. Dia boleh kekal bersahabat jika seseorang itu nyata kurang dari dia.
Kalau selama ini aku mendengar pelbagai cerita yang kurang baik mengenai ramai kawan-kawannya yang lain, sama ada yang aku kenal atau yang aku tidak kenal, jadi memang tidak mustahil kalau dia akan cuba mencari apa sahaja keburukan aku untuk diceritakan kepada dunia. Tetapi yang menjadi isunya kenapa selepas seseorang itu tidak ada di lokasi (pejabat) baru cerita-cerita buruk itu timbul. Kalau di depan kawan-kawannya orang itu akan memuji melambung-lambung.
Yang sebenarnya aku sedang berfikir adakah ini dugaan Allah atau aku sedang ditimpa musibah kerana pada umur sebegini rasanya aku tak mampu untuk membenci mana-mana manusia apa lagi mereka yang pernah aku kenal dengan rapat. Tetapi kata fitnah dia pula tak boleh aku lupakan begitu sahaja. Aku benar-benar kecil hati yang amat sangat.... dashyatnya mempunyai sahabat begini. Agaknya ini yang dirasai oleh ramai kawan-kawannya.
Hanya pada Allah sahaja aku berlindung dan aku mohon supaya aku dijauhkan daripada fitnah ini. Semoga Allah jua yang akan mengubahnya dan jadikan dia manusia yang lebih mesra terhadap manusia lain terutamanya mereka yang rapat dengan dia. Amin
Assalamualaikum wahai sahabat.
Apa benarkah bagai yang didakwa? Mengapa si D tu suka bawak cerita dan menyampaikan. Ini adalah amalan tak sihat. Jadinya kita tertekan. Mengapalah ada orang yang sedemikian? Mulutnya berjalan bersama dengan badannya? Suatu yang tidak enak didengar sebab kita ni berada di dalam satu kelompok, esok-esok nak jumpa muka nak senyum. Saya mohon anda istighfar banyak-banyak... Kenapa si D tu beria-ia bawak cerita camtu?
Mintak dia muhasabah diri jangan lagi suka cerita-cerita nanti emosi orang yang mendengan jadi terganggu, resah gelisah, sakit hati dan tak aman!
Itu yang sehingga sekarang saya tak tau kenapa. Saya sayang pada semua sahabat-sahabat saya apa tah lagi dah lama kita berkenalan... dan ramai juga antara sahabat-sahabat saya yang kenal keluarga saya. Tapi tak taulah kat mana silapnya... ikhlas saya katakan saya tak kisah kalau tak dapat khidmat cemerlang pun. Bagilah kat sesiapa yang patut dapat. Tapi tak perlulah nak fitnah dan sibarkan pelbagai cerita pada semua orang yang saya tak tau nak buat kerja, SKT yang saya buat tak betul dan pelbagai lagi.... Sedih la.
Post a Comment