30 November 2014

Adik Diserang Selsema

Adik memangnya suka duduk di tepi tingkap tak kira paas ke hujan. Kadang-kadang malam pun dia duduk di situ. Selalunya dia macam tunggu saya balik kerana setiap kali selepas memarkirkan kereta saya akan nampak Adik di tempat tu.

Macam ni la dia... terlena agak lama dan tiba-tiba saya perasan dia bersin. Ingatkan dia bersin sebab abuk tapi bersin Adik makin kerap. Saya agakkan mungkin disebabkan oleh sejuk angin malam yang buatkan paru-paru Adik lembab dan menyebabkan dia bersih. Saya bagi dia ubat selsema, tapi amat sukar untuk beri Adik makan ubat macam nak bergaduh saya dibuatnya.

Setiap kali makan ubat Adik akan terlena di tepi tingkap kegemaran dia. Tingkap tu dan macam kecil sebab badan Adik yang dah makin besar. Tengok dia terlena macam tak sedarkan diri walaupun saya cium dia berkali-kali membuatkan saya kasihan pada dia. Semoga Allah swt sembuhkan Adik dan hilangkan selsema ini jauh-jauh.

Ruang Makan Yang Indah

Saya bersama Maslina semasa kami di Heritage Hotel Ipoh kerana menghadiri Bengkel Kajian dan Semakan SK2P pada 17 hingga 19 November 2014 yang lalu. Masa ni kami sedang menikmati juadah selepas taklimat di malam pertama bengkel.

Tempat makan hotel ini memang sangat indah dan menarik. Apa tidaknya di tengah-tengah antara ruang makan di letakkan kolam kecil yang dipenuhi oleh ikan kap yang pelbagai warna. Ada kolam air terjum kecil di bawah lif.

Dan yang paling uniknya adlah kedudukan 2 lif yang berbentuk semi bulat dengan ruang see-through yang membolehkan pengunjung melihat ruang makan dari atas. Photo ini saya ambil semasa lif sedang bergerak ke atas. Bilik saya di tingkat paling atas iaitu tingkat 10.

29 November 2014

Neutered Zizi dan Mimi

Mungkin anak-anak saya ini (Mimi dan Zizi) tertanya-tanya kenapa mereka dibawa ke Vet lagi. Nak kata demam tak demam, tapi kenapa mereka ada di sini? Tak pelah apa yang mummy nak buat ni adalah untuk kebaikan bersama, supaya hidup Mimi dan Zizi lebih aman dan terjaga. Peristewa bermakna untuk 2 anak saya ni berlaku pada 6 November 2014.

Tak de apa yang Mimi dan Zizi nak risaukan, tak mungkin kami nak buang kamu berdua sebab kamu sangat kami sayang. Emak saya dan carrier membawa budak-budak ini sedang menunggu nombor kami dipanggil.

Mimi dan Zizi kucing jantan jadi operasi ke atas mereka tidak mengambil masa yang lama, lebih kurang 10 minit setiap ekor. Lebih kurang jam 10.30 pagi semua prosedur selesai dan saya dah boleh bawa balik mereka berdua. Tiba di rumah lebih kurang jam 11.00 pagi dan masa ni Zizi dah sedar sedikit.

Tiba di rumah saya masukkan mereka berdua dalam sick-bay mereka (kandang) dan kelihatan Zizi dan mula angkat kepala dan mula berpusing-pusing. Sedangkan adiknya masih lagi pengsan.

Tapi akhirnya dia pun tertidur semula dan bangun jam 4 petang. Terkangkang Mimi tidur agaknya mereka sedang bermimpi yang indah-indah .....

Kenapa Tak Digalakkan Upload Gambar Bayi Anda??

UNTUK DIKONGSI DENGAN SAHABAT-SAHABAT, MUNGKIN ADA YG LEBIH MEMAHAMINYA......WALLAHU'ALAM

Al Ain : Kenapa Tidak Boleh Upload/ Siarkan Gambar Bayi Al Ain Bukan Perkara Main-main.

SalaamULLAHu Alaykum... Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal. Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan. Sang faqir garistebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan. Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan, antaranya:

"Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi)." Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi. Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari - 40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.

Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا

Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain.
Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat Muslim)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ

Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda: "Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)" (HR ibnu Majah).

Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.
Terdapat dua jenis ain, iaitu : ain insi (‘ain berunsur manusia) dan ‘ain jinni (‘ain berunsur jin). Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:

1.  Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ

Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)

2.  Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)

عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ

Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya. Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi? Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa.

NauzubILLAHi min Zalik.

Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le) Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya.
Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas. Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk) Bersabit dengan hadith :

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ

Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir: "Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl (pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda: ”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia. (HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424.

Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H). Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu (berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran.

Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku: Setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya). Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan (sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.

Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi 'new baby' atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.

Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu.

NauzubILLAHi min zalik. Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka. Wassalam.

Sumber : cinta selepas nikah

Bengkel Semakan Kajian SK2P

Bengkel Semakan Kajian SK2P yang telah diadakan di salah sebuah hotel di Ipoh pada 17 hingga 19 November 2014 yang lalu adalah anjuran UPT sendiri. Alhamdulillah tak ada masalah yang timbul hanya saya dan beberapa rakan yang kurang sihat di akhir bengkel.

Malam pertama semasa kami tiba saya memberikan taklimat bengkel dan kemudian di sambung dengan taklimat-taklimat lain. Yang sebenarnya bengkel ini umpama serampang beberapa mata. Dalam bengkel ini beberapa tugas telah dapat disempurnakan dengan baik. Di atas adalah Cif Sazali selaku Urusetia memulakan majlis.

Ini adalah Tuan Jamil selaku Ketua Sektor kami yang memberikan penerangan mengenai pelan strategik bagi tahun 2015 nanti.

Antara Ketua Unit dan pegawai-pegawai dari kesemua unit di bawah SK2P yang sama-sama menyumbang idea untuk mencapai objektif bengkel.

Sedang khusuk atau sedang bimbang apa nak buat selepas ini.

28 November 2014

Jadual Perubatan Kucing

Bagi setiap orang yang memelihara kucing, sudah pasti kadang-kadang akan terlepas jadual pemeriksaan atau jadual giliran ubat kucing-kucing kesayangan kita terutamanya apabila kucing kita banyak. Seperti saya yang mempunyai 9 ekor kucing mula membuat jadual seperti di atas 2 kali setiap tahun dan melekatkannya di appan putih di rumah. 

Antara pemeriksaan wajib adalah vaksin yang saya ambil di Veterinar Kerajaan dan ubat-ubat kucing lain yang mandatori seperti ubat kutu dan ubat cacing mengikut jadual tertentu. Jadual ini sangat penting bagi memastikan haiwan peliharaan kita dalam keadaan sihat. Allah swt akan membantu kita memelihara kesihatan mereka, selepas kita berusaha dan ini juga merupakan usaha.

27 November 2014

Baby Tidur Berbantalkan Lengan Mummy

Buah hati saya Si Baby, anak sulung Oky. Dia kucing jantan tapi antara yang termanja dengan saya. Setiap kali saya duduk di depan komputer, pastinya dia akan ada sama. Kadang-kadang dia pun sama menekan-nekan key-board, paling teruk dia berjalan-jalan ulang-alik di atas key-board dan berbaring sambil buat-buat melelapkan mata.

Atau akhirnya dia akan tidur di sebelah meja tulis, sambil kepalanya diletakkan di atas lengan saya.. itu je cara dia nak tunjukkan manja dia. Macam mana saya tak sayangkan Baby dan kucing-kucing yang lain, walaupun mereka tak comel di mata orang lain, tapi sangat comel di mata saya.

26 November 2014

Indahnya Tanah Airku

Tanah airku yang indah, tanah airku yang dulunya hampir keseluruhannya milik moyangku dan kini mungkin tinggal sedikit setelah berkongsi dengan rakan-rakan sewarga negara yang berlainan bangsa dan kaum. namun apa yang dah terjadi maka terpaksa biarkan ianya terjadi.

Yang lagi yang tinggal kini perlu dipelihara supaya generasi kami yang tinggal dapat hidup dengan aman dan damai, tidak merempat di bumi sendiri. Ramai yang ramai megah dengan pembangunan yang sedang dialami negara ini, tapi bagi saya mungkin ada rasa terkilan !!!! 

Yang indah dan yang damai di hati dan di mata ini mungkinkah akan juga menjadi mangsa kerakusan??? Masa akan tentukan apabila sedikit demi sedikit tanah ini digondol dan diperkosai dengan kesedaran anak bangsanya yang rakuskan kemewahan sementara dunia ini.

Sebelum ianya menjadi parah dan bernanah, menjadi tanggungjawab kita untuk sama-sama memeliharanya. Yang pasti kita sudah tiada tempat untuk bertapak nanti kerana inilah tanah moyang yang kita warisi.. kerana inilah Tanah Melayu.

25 November 2014

Geram Tapi Tak Sampai Hati

Tengoklah kelakuan kucing-kucing saya. pasir warna yang saya beli adalah untuk ditaburkan di atas pasir pokok kaktus dikerjakannya. Saya bungkus elok pasir tersebut dan simpan sementara di bawah kerusi, kononnya untuk disembunyikan dari budak-budak nakal 9 ekor tu.

Saya solat sebentar dan selepas solat saya terkejut dengan apa yang saya saksikan. Allahuakbar .... pasir warna tersebut sudah ditaburkan di atas lantai dan hamparan dapur. Penuh lantai dengan butiran-butiran warna. Geram betul dibuatnya, tapi tak sampai hati pulak nak marah apatah lagi pukul. Tengok sajalah gelagat Kiki yang duduk termenung memerhatikan plastik pembungkus pasir warna yang hampir kosong dikerjakannya. Entah apa yang difikirkannya ......

Manakala abangnya Si Adik memerhatikan apa yang dilakukan oleh adiknya dari atas kabinet dapur. Dia tak tahu yang mummy dia tengah marah... tapi kerana sayang terpaksa biarkan dan perlahan-lahan saya kemaskan semula.

24 November 2014

Okid Liar Menyerikan Halamanku

Okid ini daha lama saya tanam, rasanya ianya dari spesis okid liar. Okid yang berdaun tebal dan saya sangkutkan dia di dahan pokok mangga.

Apabila ianya berbunga, dahan bunganya panjang lebih kurang 2 kaki dan hampir mencecah bumi. Okid ini berbunga cantik dan seperti okid yang lain lazimnya ianya tidak berbau. warna merah, kuning, putih dan perang adalah kombinasi warna yang kuat dan terang.

Ini satu lagi pokok okid yang saya sangkutkan di dahan pokok belimbing buluh, masa ianya berbunga sama dengan okid di dahan pokok mangga. Berlainan dengan okid di pokok mangga, okid ini mempunyai bau yang sangat wangi dan baunya lebih kepada bau vanilla. Pada waktu malam terhidu baunya membuatkan meremang bulu tengkuk dibuatnya. Walau apa sekali pun kedua-dua okid ini telah menyerikan lagi halaman rumah saya.

23 November 2014

Kesian Buah Hatiku Jiji Sakit Mata

Sebalik sahaja saya dari Bengkel di Ipoh saya disambut oleh baby atau Abang. Agaknya dia rindu sanagat apabila 2 hari tak jumpa saya. Kesemua mereka sihat walafiat tetapi mata kanan Jiji merah dan banyak tahi. Kesian betul saya lihatkan dia, namun dia masih aktif seperti biasa.

Setelah dibersihkan, dilap dengan cecair pembersih mata haiwan dan dibubuhkan ubat mata, Jiji rasa selesa tidur di atas pangkuan saya sambil mengeluarkan bunyi grrrrr dengan manjanya. Kesian betul saya lihat dia dan saya biarkan dia terlelap sekejap.

Tengok tu, lena betul dia dan mungkin dia rasa sangat selamat.

22 November 2014

Dari Jendela Heritage Hotel Ipoh Perak

Menjadi kebiasaan saya untuk merakamkan permandangan dan aktiviti dari jendela. Jendela yang terpilih adalah pelbagai rupa dan bentuk. kali ini saya nak kongsikan permandangan dari jendela Heritage Hotel, Ipoh Perak.

Paling mengujakan saya adalah latarbelakang bandar ini yang dibayangi oleh Banjaran Titiwangsa, banjaran yang menjadi bumbung kepada negara ini dan nadi kehidupan warganya. Berbalam-balam tetapi teguh berdiri menjungi langit biru tanah airku.

Ipoh sebuah bandaraya yang terzuzun dan mula mengorak langkah sebagai negara menara mencecah awam. Walaupun mungkin belum ada bangunan yang mencecah awam, tetapi ianya sudah pasti dalam perancangan dan pembangunan. Kalau tidak percaya jom kita ronda bandaraya Ipoh dan nilaikan sendiri.

Sebuah kediaman yang saya rasa adalah kepunyaan mantan bos saya. Jika silap maaf saja je!!!!! cantek halaman yang dipenuhi dengan rumput hijau.

Bandaraya Ipoh yang masih penuh dengan kehijauan dan diselang-seli dengan pembangunan.

Saya seakan penjaga jendela..... hanya merakam ciptaan Allah swt dari kamera usang tetapi sangat berjasa.

Apa kata jika mai ke Perak, jangan lupa mengelilingi bandaraya Ipoh.

Bengkel Semakan Semula SK2P - Dalam Bas

Bengkel Semakan Semula Sk2P yang diadakan di Heritage Hotel Ipoh adalah untuk melihat pencapaian SKT sektor ini. Pergerakan kami adalah dengan bas yang diuruskan oleh Encik Ahmad Khairi dari Unit Kewangan. Saya sememangnya suka menaiki bas terasa macam di zaman persekolahan dulu-dulu.

Inilah peserta dan urusetia bengkel yang bersama-sama akan ke Ipoh, Perak. Dari raut wayah masing-masing nampak ceria dan gembira. 

Cif Sazali Ketua Pembantu Tadbir UPT, seorang yang sangat berjasa dalam menjayakan bengkel ini sedang memaklumkan sesuatu kepada peserta.

Dan yang itu adalah Cif Zuraidah darin selaku paramugari perjalanan kami sedang sebuk mengagihkan air minuman dan tib-bit yang disediakan oleh pihak bas.

Saya sedang memberikan sedikit taklimat perjalananan kepada semua peserta bengkel. ALhamdulillah semuanya erjalan lancar.

21 November 2014

Bibik Pembantu Dapurku

Adui mak macam tahu-tahu je saya menyimpan makanan mereka di rak berhampiran. Adik dan Zizi dan sedia bertenggek di atas kabinet dapur menunggu untuk diberi makan. Kenapa pulak mereka tak sabar, memandangkan mereka baru je makan.

Adik makin nakal dan mengajar adik-adiknya yang bukan-bukan. Sepatutnya Adik dah jadi abang ajarlah adik-adik yang lain bersopan-santun. susah mummy dibuat oleh mereka apabila mereka mencari dan sepahkan semua barangan di rak tersebut. Apa nak kata hanya boleh bersabar saja.

20 November 2014

Bengkel Semakan Semula SK2P - Perjalanan Pergi

Pada 17 November 2014 seawal 9.30 pagi saya dan Maslina (Ina) dah bersdia menunggu bas untuk membawa kami ke Ipoh. Sektor Khidmat Pengurusan dan pembangunan (SK2P) jPWPKL melaksanakan Bengkel khusus untuk mengkaji semula pencapaian SKT kami.

Saya dan Ina dan penyelarasa dan ursetia serta dibantu oleh Cif Sazali. Penat menunggu bas tidak kunjung tiba. Secara kebetulan pada tarikh yang sama 3 kumpulan peserta kursus menunggu bas untuk ke detinasi masing-masing. 2 ke Ipoh dan 1 ke Melaka.

Disebabkan saya belum lagi bersarapan, makanya saya sempat bersarapan di pondok hadapan Dewan Dato' Asiah. Akhirnya yang ditunggu datang jua pada jam 11 pagi.

19 November 2014

Kikiku Yang Seksi

Anak dara saya yang ke2 bungsu. Corak dia ada yang kata macam kain buruk... ada yang kata comot, tetapi bagi saya Kiki kucing saya yang comel sangat dan saya tetap sayang macam kucing-kucing yang lain. Dalam bahasa Inggeris corak Kiki disebut sebagai toitoise shell.

Semasa cuaca yang sedikit panas semua kucing-kucing saya suka betul duduk atau tidur terkangkang, macam mana yang dilakukan oleh Kiki. Kadang kala saya akan usap perut dia dan Kiki akan gigit-gigit manja tangan saya. Tak kisahlah apa yang orang pandang dan kata pada Kiki saya tetap sayangkan dia.