Si Baby saya yang dah berumur 6 bulan setengah, dah makin besar dan berat, Banyak aksi yang dia pandai buat. Dia seakan-akan faham bahawa dia adalah abng sulung kepada 6 adik-adiknya.
Baby saya ni sering juga menjadi ikutan adik-adiknya terutama Mimi dan Kiki. Kedua-dua mereka sangat manja dengan Baby dan selalu tidur berbantalkan perut Baby. Baby juga sering menjilat dan membersihkan adik-adiknya sehingga mereka tertidur.
Rupa hansem Baby yang sangat manja dengan saya. Walaupun dia lebih menyerupai kucing kampung tapi saya sangat sayang kepada dia.
Gaya tidur duduk Baby dengan bersandar di kerusi. Kesian macam penat sangat.
Allah swt menjadikan haiwan terutamanya kucing untuk menduga kita manusia. Haiwan ini walaupun boleh hidup sendiri tetapi haiwan jenis ini lebih suka dan bahagian jika dapat hidup bersama dengan manusia. Kedua-dua makhluk Allah ini saling lengkap melengkapi, Jadi cegah penyaniayaan dan penderaan terhadap haiwan.
No comments:
Post a Comment