Percutian kali ini (pada bulan Jun 2014 - selama 2 minggu) hanya di Kuala Lumpur je.... Adik-adik dan anak-anak saudara saya tiba di rumah saya pada 1 Jun 2014 sebelah tengahari. Kerana kepenatan kami tidak ke mana-mana dan saya masak serba ringkas untuk mereka. Photo atas - Kesian Ammar dia yang selfee tapi gambar dia yang tidak masuk.
Pada keesokkan harinya seperti yang dijanjikan sebelum ini, breakfast kami di Kluang Station Tesco Ampang. Ain dan Shima menikmati juadah masing-masing.
Janji nak belanja bubur (porridge) tapi hanya saya dan Ain je yang order bubur yang lain makan sarapan yang lain. Seperti biasa emak hanya makan roti jala dengan rendang daging kegemarannya.
Apa lagi jom kayuh selepas ini ada lagi acara ringkas kita terutamanya kami-kami yang banyak berjalan dan gunakan kaki... cuba teka apa dia???
Seperti biasa anak sedang membesar dan menjadi hero adalah Ammar dan Amir - selera sedang baik dan perut sanggup terima apa sahaja. Teringat kami semasa kami seumur dengan mereka juga makan apa saja sedap....
No comments:
Post a Comment