Mereka makin besar dan makin nakal, namun mereka makin saya sayang. Apa sahaja mereka buat seperti memukau saya dan membuatkan saya kata "tak pe". Emak selalu kata "tengok tu apa budak-budak tu buat" saya tak jadi nak marah dan hanya kata "tak pelah mak".
Pada suatu malam sedang saya membaca tiba-tiba budak 5 beradik mula mendaki langsir tingkap-tingkap bilik tidur saya. Mereka mendaki seperti rock climbing. Habislah langsir tu ... bisik hati saya. Namun nak marah tak tercetus langsung.
Hasilnya macam ni la... mereka menjadi-jadi memanjat manakala emak dan abang-abang mereka menunggu di bawah. Apa saya nak buat tapi hanya melihat dan tertawa kerana kelucuan mereka.
Buatlah apa pun asalkan mereka sentiasa sihat walafiat. Mungkinkah mereka tahu bahawa kita sayangkan mereka tu yang menjadi-jadi.
No comments:
Post a Comment