Setelah lebih sebulan rancangan kursus ini diusahakan oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan saya dengan dianggotai oleh beberapa pegawai dari pelbagai sektor sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK), akhirnya pada 13 hingga 15 Jun 2014 kursus ini berjaya direalisasikan.
Saya telah dilantik sebagai Bendahari Kursus di sampaing mengetui Jawatankuasa Cenderahati dan Hadiah. Saya telah melantik seramai 3 orang staf UPT untuk mengembeling tenaga menjayakan amanah yang diberi. Dengan kredibiliti ketiga-tiga ahli JK ini kami mampu untuk memberikan khidmat dengan baik. Alhamdulillah dan terima kasih saya kepada ketiga-tiga pegawai saya iaitu Encik Mohamad Sazali bin Mat Said, Puan Hairani bin Abdul Samat dan Encik Faizal bin Putih Ali. Tanpa mereka belum tentu saya berjaya.
Di meja pendaftaran Hairani sebuk melayan pegawai yang melapurkan diri. Foto teratas kelihatan Tn Hj Latiff, Ketua Sektor (KS) Psikologi dan Kaunseling memantau keadaan. Foto kedua kelihatan Uztaz Zul sedang mendaftar masuk manakala foto di atas kelihatan En Shukri dan En Yusuf dilayan oleh Hairani.
Yang ini adalah Puan Halimah Ketua Sektor Pengurusan Akademik dan sebelahnya adalah Puan Laila Ketua Sektor Pengurusan Peperiksaan. Walaupun ramai KS yang tidak dapat hadir kerana halangan dan kekangan sesuatu urusan tapi yang ada telah memberikan suntikan lebih gigih kepada Ahli JK Kursus.
Saya dan Hairani sempat berposing walaupun dalam keadaan penat dan kelaparan.
Cara keseluruhannya kursus ini amat berjaya mencapai objektifnya di samping memberikan ruang kepada semua peserta dan AJK kembali ke zaman muda-muda mereka.... Seronok sangat.. seperti kata Tuan Pengarah dalam ucapan penutupnya beronok-ronok = terseronoklah sangat.
No comments:
Post a Comment