Musim panas yang melanda Malaysia, bukan sahaja dirasai oleh kita malahan juga dirasai oleh haiwan seperti kucing. Kucing-kucing saya mengelupur juga kerana haba panas terutamanya apabila menjelang tengahari.
Emak biasanya leboh suka rumah terbuka dan angin memasuki rumah, tetapi bagi saya pula saya lebih suka buka alat hawa dingin kerana ketidak selesaan. Biasanya masa saya di pejabat emak jarang buka alat hawa dingin sebelah siang, tetapi setiap malam mesti dibuka kerana pintu dan tingkap rumah ditutup.
Bagi menyamankan badan dan diri mereka masing-masing, maka bergelempanglah mereka di veranda kecil rumah saya yang sudah saya pasang jaring kecil.
No comments:
Post a Comment