06 June 2014

Kursus Asas Penerbitan & Pengeditan Video

Tamat juga kursus yang saya hadiri, kursus tu tak lama hanya 2 hari je tetapi kerap terganggu kerana menerima wassup dari Jabatan berhubung dengan urusan kerja. Memang mengganggu tetapi urusan kerja kena juga diuruskan walaupun tidak berada di pejabat. Alhamdulillah saya mempunyai staf yang kompeten. yang boleh diharapkan, setidaj-tidaknya sesuatu tugasan tu dapat juga diteruskan. Terima kasih kepada mereka semua.

Di atas tu adalah guru kami yang telah berkongsi ilmu dan tips, Nama beliau adalah Encik Hailan bin Abdul Hamid. Banyak yang saya pelajari dan ianya memang sangat berguna. Setelah diajari barulah saya jelas bahawa bukannya susah untuk membuat sesebuah montaj, yang perlu ada kreativiti, masa dan bahan. Namun ilmu yang didapati perlu dipraktiskan supaya ianya tidak mudah lupa. Insyallah saya cuba mencari masa untuk membentuk beberapa montaj percutian keluarga atau beberapa video mengenai kucing-kucing saya. Join saya di U-tube saya nanti.

Saya bercadang untuk mengikuti kursus lanjutan dalam bidang ini. Terima kasih En Hailan kerana telah mengajar kami dengan sabar.

No comments: