Hari ini JLD diservice lagi. Kali ini emak ikut saya service JLD, ruang menunggu di sini memang selesa dan seperti biasa saya akan dapatkan tempat duduk di tepi cermin. Emak nampaknya selesa dan siap bawa kitab lagi.
Penat menunggu saya pun berselfie je berlatar belakangkan service bay. Mata dah kuyu sebab rasa mengantuk, maklumlah tak buat apa-apa, otak kurang berfungsi dan tentunya cepat rasa mengantuk. Menyesal tak bawa buku. Sekali sekali saya main games melalui handphone...
Apabila jam menunjukkan jarum 10 ruang menunggu dah hampir penuh... rupanya ramai yang rebut masa ini sebelum sesi persekolah bermula. Pusat service ini menyediakan kudapan ringkas, alhamdulillah dapat juga menghilangkan kehausan dan kelaparan.
Akhirnya JLD masuk ke service bay yang biasa dia masuk. Service kali ini agak banyak dan saya jangkakan akan mengambil masa sehingga jam 12 tengahari.
Rasanya mereka sedang menukar alat sound alarm yang rosak baru-baru ini. Mahal juga alat ganti tersebut. Tapi demi keselamatan dia apa salahnya menyumbang sedikit.
Sedang tukar minyak engin dan selepas ini akan diperiksa semua tayar, buat balancing, alignment dan yang akhir cuci kereta luar dalam dan engin.
Setelah selesai dan jelaskan bayaran saya menunggu kereta dihantar ke kawasan delivery... tunggu 15 minit JLD tak muncul, saya ke dalam dan berjumpa dengan penyelia... rupanya kunci kereta saya tersalah letak dan selepas 1 jam baru berjumpa. Nasib baik saya ambil cuti kalau tidak payah juga situasi saya.
Alhamdulillah segalanya selesai dan saya harap perkara seperti ini jangan berlaku lagi.
No comments:
Post a Comment