Hari Ahad lepas, saya membawa Oky keluar rumah dan makan angin padi di hadapan rumah saja. Selepas tu datang Si Motmot dan seekor kucing jantan berwarna kelabu. Semasa tu Oky duduk di atas meja batu dan melihat gelagat kucing jantan.
Dari atas meja, Oky melompat ke atas tanah dan duduk sambil perhatikan kucing-kucing tu.
Kelihatan Motmot di bawah kereta saya dan kucing jantan kelabu di belakang kereta.
Saya naikkan semula Oky ke atas meja apabila Motmot bergerak ke meja ini. Yang sebenarnya Oky tak berapa baik dengan Motmot, tetapi baik dengan abang Motmot, Si Caca. Tapi saya dah 2 hari tak nampak Caca.
Sejak akhir-akhir ini Motmot rapat dengan saya, mungkin disebabkan oleh dia tak suka dengan kucing jantan kelabu. Bila kucing jantan bergerak, Motmot terus ke meja batu dan duduk di salah sebuah bangku batu.
Melihat Motmot ada di sebelah, Oky turun ke bangku sebelah Motmot tapi mungkin dia rasa kurang selesa dan terus turun ke tanah.
Apa agaknya yang difikirkan oleh Oky dan Motmot?
No comments:
Post a Comment