Seperti yang dijanjikan pada hari Jumaat 20 Disember 2013, saya bersama dengan keluarga saya yang terdiri daripada mak, Shima, Ain, Ammar dan Amir keluar dari rumah dan bersarapan pagi di Tesco Ampabg. Selepas dari itu kami bertolak ke Wangsa Maju. Mula-mula kami menuju ke Manja Kaki di salah sebuah Mall di sini. Saya, Shima dan Ain memanjakan kaki kami selama 1 jam. Mak tak teringin untuk manjakan kaki, jadi mak berehat saja di salah sebuah kerusi di Manja Kaki. Sementara Ammar dan AMir mengikut haluan masing-masing.
Kami dah janji dalam tempoh sejam semua mesti dah berkumpul di hadapan Manja Kaki untuk acara berikutnya, iaitu hantar Ammar dan AMir untuk menunaikan solat jumaat mereka. Kami hantar mereka ke Masjid Coklat di simpang untuk ke pejabat lama saya (HATTM) Selepas hantar mereka kami terus ke Alpha Angle untuk ke MPH. Kami semua membeli beberapa buah buku mengikut kegemaran dan keperluan masing-masing. Selepas tu ambil semula Ammar dan Amir untuk ke Jom Bali untuk menjamu selesa kami.
Sebelum meninggalkan Aeon Big saya dah menempah tempat di Jom Bali dan apabla tiba tempat kami sudah sedia dan kami hanya menempah makanan sahaja. Benar sangkaan saya mereka semuanya memang dalam keadaan yang sangat lapar. Ikut nagsu macam-macam kami nak makan tapi boleh ke?
Emak menikmati nasi goreng dengan udang yang sangat besar. Yang paling seronok adalah saya kerana dapat makan bersama dengan ahli keluarga, terutamanya di tempat makanan kegemaran saya.
No comments:
Post a Comment