02 December 2013

Baby Membesar

Dah lama saya tak ada anak kucing. Selepas Si Baby dan Si Adik dilahirkan oleh Oky pada 18.10.2013 yang lepas, saya tercari-cari maklumat mengenai pembesaran anak kucing. Semakin hari Baby dan Adik semakin besar. Kini kedua-dua mereka dah berumur 6 minggu. Mereka dah makan dan membuang najis sendiri. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Bermula Kelahiran Sehingga 1 Bulan

Dalam tempoh ini, anak kucing akan berubah menjadi kucing yang berdikari dan tidak lagi bergantung kepada ibunya untuk makanan, suasana yang hangat dan pembuangan najis. Anak kucing yang baru lahir tidak dapat melihat dan mendengar, tetapi boleh menghidu dan mempunyai deria sentuhan pada bahagian muka yang membolehkan mereka mendekati ibunya untuk mendapat haba.

Jika anda mendapati ada anak kucing baru lahir dan ditinggalkan, anda perlu lah melakukan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh ibu kucing. Antara tugas yang dilakukan adalah menyusukannya dengan susu khas untuk kucing dan kemudiannya membantu mereka membuang najis. Anak kucing tidak mampu membuang sendiri sehinggalah berumur 4 minggu.

Pastikan anda menggunakan susu rumusan khas yang boleh didapati di klinik vet. Walaupu mereka menyukai rasa susu lembu, kucing tidak dapat menghadam laktosa di dalamnya. Ini akan menyebabkan sembelit dan bahaya bagi anak kucing. Mulut adalah organ yang sangat penting bagi anak kucing. Mereka akan mula menggunakan mulut dalam masa kurang 1 jam selepas lahir, iaitu ketika menyusu. Dalam tempoh beberapa minggu terawal, mereka perlu di susui setiap 2-3 jam sekali.

Telinga kucing akan mula terbuka pada umur 5 hari. Mereka mula menunjukkan reaksi pada bunyi pada umur 10 hari, namun mereka masih belum dapat mengenalpasti bunyi tersebut sehinggalah berumur 3 minggu. Mata akan terbuka antara hari ke-5 dan 14 selepas dilahirkan. Tetapi mereka masih belum boleh melihat dengan baik sehinggalah matanya telah terbuka selama beberapa hari.

Anak kucing yang baru lahir boleh merasai menggunakan kedua-dua kaki depan dan belakang. Mereka boleh berjalan dengan langkah yang tidak begitu koordinasi selama 2 minggu dan boleh menempatkan kaki depan mereka secara visual. Oh ya, mereka juga sudah mula memanjat pada umur 3 minggu.

Imuniti diturunkan kepada anak kucing ketika mereka menerima susu ibu yang pertama, dalam tempoh 24 jam pertama hidup mereka. Imuniti ini akan mencegah mereka dari penyakit dalam tempoh sebulan yang pertama dan terus menyusu secara normal dan dipelihara dengan baik, hangat dan bersih oleh ibu mereka.

Sumber: http://alamkucing.blogspot.com

No comments: