Saat inilah kita seronok bermain dengan anak kucing, semasa umur mereka dalam lingkungan 6 hingga 8 minggu. Mereka sangat aktif dan perasaan ingin tahu memenuhi diri mereka. Semua benda mereka nak gigit dan rasa/ makan dan semua tempat mereka nak panjat.
4 Hingga 6 Minggu
Kebanyakan anak kucing sudah mula memakan makanan pejal pada umur 4 minggu dan boleh berhenti menyusu pada umur 6 minggu. Adalah perkara biasa jika anak kucing memakan kotoran atau najis mereka sendiri semasa dalam tempoh susuan, tetapi mereka akan mulai belajar dengan cepat bahawa najis sendiri adalah tidak begitu....enak.
Anak kucing akan mempunyai kesemua gigi mereka pada umur 6 minggu. Anak kucing yang didedahkan kepada luar rumah dan diawasi oleh ibu kucing akan mula mempelajari perkara-perkara asas dalam memburu (jika ibu nya juga mempunyai tabiat memburu).
Mungkin tempoh ini lah yang sangat mustahak dalam pembentukan perilaku sosial mereka. Kucing yang tidak didedahkan kepada manusia dan binatang lain (termasuk kucing lain) pada masa ini akan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri mereka pada masa akan datang.
Perilaku bermain secara koordinasi akan mula kelihatan pada tempoh ini. Matanya akan berubah dari warna biru kepada warna kekal, badan mereka mula berupaya menghasil dan mengawal suhu badan. Mereka juga sudah boleh mengawal pembuangan najis dan kencing. Perlindungan dari penyakit masih dipengaruhi dari imunti turun-temurun, iaitu antibodi yang diperolehi dari ibunya.
6 Hingga 8 Minggu
Ini adalah waktu paling awal jika anak kucing itu mahu dipisahkan dari ibu atau adik-beradiknya untuk diperkenalkan kepada rumah lain. Namun, adalah baik jika kita menunggu sehingga sekurang-kurangnya berumur 8 minggu. Anak kucing pada waktu ini sudah boleh menguruskan keperluan asasnya sendiri. Di dalam rumah yang baru, anak kucing mungkin akan ketakutan dan kesepian pada peringkat awal, tetapi biasanya dia akan dapat menyesuaikan dirinya.
Imuniti yang mereka perolehi sudah mula berkurang, dan anak kucing ini perlu memulakan vaksinasi untuk merangsang perlindungan terhadap penyakit-penyakit tertentu. Pendedahan semulajadi terhadap virus dan bakteria akan menyebabkan penyakit, tetapi ia juga akan merangsang badannya untuk menghasilkan antibodi dan meningkat imuniti pada masa hadapan.
Pada peringkat ini, anak kucing memerlukan tambahan protein, vitamin dan mineral yang diperlukan untuknya terus membesar dan berkembang. Zat-zat ini boleh diperolehi daripada makanan yang dirumus khas untuk anak kucing samada kering atau basah.
No comments:
Post a Comment