Cuba teka, apa yang sedang dilakukan oleh Si Adik. Itulah kerja dia setiap kali saya nak bersolat. Dia akan memanjat dan selalu melengahkan saya meneruskan solat saya. Selepas bergurau dan bermain sekejap dengan dia dan Si Baby baru dia tidak menganggu saya.
Saya teringat cerita Nabi Sulaiman as yang leka dengan kuda-kudanya yang hebat dan gagah, akibatnya baginda terlalai dan lewat menunaikan solat. Tersedar dari itu, baginda mengambil keputusan untuk menyembelih kuda-kuda tersebut kerana membuatkan baginda terlalai. Iman saya tidak sekuat iman Nabi Sulaiman as, dan saya sudah tentu tidak sanggup untuk melenyapkan kedua-dua anak kucing saya itu. Tapi saya sedar saya mesti lakukan sesuatu supaya saya tidak lalai disebabkan oleh Si Baby dan Si Adik.
No comments:
Post a Comment