Semakin besar mereka semakin nakal. Sejak akhir-akhir ni kegemaran mereka adalah memanjat, semua tempat dipanjatnya langsir saya menjadi sasaran mereka dan sehinggakan kita juga dipanjatnya. Betis dan kaki saya penuh dengan cakaran kecil mereka, walaupun kuku mereka kecil tetapi tajam dan apabila mandi terasa pedih dan sakit. Tapi apa boleh buat kerana sayangkan mereka tak pe lah saya yang sakit.
Saya memang belum sediakan mereka cat-tree, tak tahu nak cari kat mana jadi sebagai ganti saya susun kotak bertingkat-tingkat menjadikan tempat mereka memanjat dan setelah penat mereka berdua terus berehat di atas kotak-kotak tersebut. Pernah sekali Si Adik terjatuh dari atas kotak semasa tidur, kesian dia.
No comments:
Post a Comment