11 December 2013

Orang Malaysia Kurang Sivik

Negara kita hampir mencapai negara maju, sepatutnya negara maju mempunyai rakyat yang berfikiran negara Dunia kelas Satu, sayangnya rakyat negara ini masih kurang siviknya.

Apa tidaknya troli membeli belah tidak diletakkan di tempat troli yang telah disediakan oleh pasaraya. Paling malang tempat troli hanya beberapa meter sahaja dari kenderaan masing-masing.

Kata orang perubahan bermula daripada rumah, tetapi sekiranya instutisi keluarga/ rumah gagal menunjukkan perilaku yang baik kepada ahli keluarga, makanya sukar berlaku perubahan positif. Merubah negara dan dunia perlu dilaksanakan bersama oleh semua dalam sesebuah negara itu. 

No comments: