Masa ini kami baru sahaja sampai dari Malaysia dan kami diturunkan di Terminal Haji Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah. Kami tiba lebih kurang dalam jam 9 ke 10 malam waktu tempatan. Alhamdulillah semasa sampai tidak ramai lagi tetamu Allah dari negara lain hanya kami dan beberapa rakan kami dari Indonesia yang transit di Senai dan menaiki pesawat yang sama.
Sebaik sahaja naik bas dan bertolak ke Madinah mak dan tertidur, kesian mak sangat letih dia tetapi semangat dia cukup kuat dan emak jugalah menjadikan saya kuat untuk menguruskan segalanya, maklumkan hanya kami berdua sahaja dan belum mengenali sesiapa lagi.
Cara kebetulan saya juga terjumpa sahabat lama saya Hajah Mazinah binti Abdullah dan adik iparnya sama-sama menaiki pesawat yang sama.
No comments:
Post a Comment