10 March 2013

Anak Kucing Liar Penumpang Baru

2 anak kucing ini adalah anak Si Kuning, ibu kucing liar yang dah lama menumpang di rumah saya.... Sebelum 2 anak kucing ini, Si Kuning sudah beberapa kali beranak tetapi anaknya tidak bernah besar.... tak tahu di mana silapnya anaknya selalu mati semasa kecil. Nampaknya yang ini sudah besar dan sekarang ini sangat nakal.

Saya menamakan kedua-dua anak kucing sebagai Caca yang depan dan berwarna kuning dan Motmot yang di bawah kereta. Antara kedua-dua anak kucing ini, Si Motmot lebih penakut dan garang, dia juga lebih aktif  dari Si Caca.

Setiap pagi dan balik dari kerja, mereka biasanya sudah ada di bawah kereta untuk meminta makanan. Yang kelakarnya Si Motmot akan memarahi saya dengan suaranya yang nyaring memaksa saya untuk bagi dia makanan. Namun begitu si Caca pula lebih manja dengan suaranya lebih lembut.

Saya selalu kesiankan Si Caca, saya bagi mereka makan di depan rumah supaya mereka tidak diganggu oleh kucing-kucing liar lain yang lebih besar. tetapi mereka sendiri tidak selesa jika saya berada berhampiran mereka. Jadi mereka akan makan dengan hati-hati dan akan melarikan diri bila terdengar suara atau bunyi gerakan.

Saya tak tahu bagaimana untuk menjinakkan anak-anak kucing ini...... dulupun saudara mereka juga liar dan sukar untuk didekati.

Tengok tu dengan hati-hati mereka makan tapi mata tidak beralih melihat pergerakan saya.

No comments: