Saya bersama dengan mak saya berpeluang dijemput oleh Allah Taalah untuk menjadi tetamunya lagi. Alhamdulillah kali ini saya bersama mak ke tanah suci untuk menunaikan umrah.
Memandangkan emak mengikut adik bungsu saya yang telah ditugaskan mengajar di Johor Bharu (Institut Perguruan Temenggung Ibrahim) saya mengambil keputusan untuk berangkat dari Johor. Keputusan ini disebabkan oleh 2 perkara utama iaitu: supaya emak tidak perlu bergerak jauh untuk menaiki pesawat dari KLIA - memadai saya sahaja yang memandu ke JB dan alasan kedua kereta saya boleh ditumpangkan ke rumah adik saya Adnan dan bolehlah dia melihat dan menjaga kereta tersebut.
Foto di atas emak bersama adik saya Shimah (isteri kepada Adnan) yang mengantar kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai JB. Foto di atas saya dan emak selepas mendaftarkan diri di Kaunter Tiram Travel di Airport Senai.
Emak bersama dengan Adnan dan Shimah. Terima kasih kepada kalian berdua kerana menghantarkan kami dan menumpangkan kami di rumah kalian, semoga dibalaskan oleh Allah segala kebaikan dimurahkan rezeki hendaknya.
No comments:
Post a Comment