27 March 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Dalam Masjid Nabawi Madinah

Dalam Masjid Nabawi masih lagi seperti 2 tahun lepas, tetapi rasanya pintu masuk macam dah berubah.... dulu masanya masuk ikut pintu Othman Affan, tapi kini ada 2 pintu iaitu Pintu Omar Ibn Khattab dan Pintu Sultan Abdul Majid. Kalau tidak hati-hati boleh sesat nanti.

Hari pertama tiba di Madinah saya dan emak pergi awal ke Masjid kerana rasa rindu sangat... duduk dalam masjid rasa nyaman dan menunggu untuk masuk ke Raudha, rupanya masa lawatan ke Raudha dah berubah ke malam hari, iaitu selepas solah Isyak.

Sementara menunggu masuk waktu zohor.... di belakang saya tulah pintu masuk untuk menuju ke kawasan Raudha. 

Saya dah mak selalu memilih tempat berhampiran dengan tiang seperti di belakang mak kerana tiang-tiang itu adalah tempat hawa dingin dialirkan.

Dalam masjid memang cantik dan nyaman, walaupun masih awal tetapi dah ramai jemaah memenuhi kawasan solat wanita.

Mak di luar kawasan masjid, kalau kita terus berjalan, kita akan nampak kubah Rasulullah saw... saya memberikan salam Assalamualaika ya Rasulallah.... kemudian menyampaikan salam adik-adik dan sahabat handai kepada Rasulallah saw.

Di belakang mak adalah menuju ke pintu masuk Omar Ibn Khattab.

No comments: