20 March 2013

Alhamdulillah... Semoga diterima Allah Amalan Umrahku dan Ibu

Bersama mak dan kumpulan Tiram Travel
di Departure Hall Senai International  Airport
Alhamdulillah saya dan ibu saya selamat kembali ke tanah air pada 17 Mac yang lepas setelah selesai mengerjakan ibadah umrah. Semoga Allah memberikan ganjaran Umrah Mamburah kepada kami semua.

Kini saya telahpun berada di rumah sendiri setelah berehat di rumah adik di Kota Tinggi.

Masih lagi batuk-batuk dan sedikit asthma. Saya harap semuanya akan pulih seperti biasa dalam masa beberapa hari lagi.

Saya memanjatkan doa dan harapan semoga saya dan semua orang-orang yang saya kasihi dijemput oleh Allah ke kedua-dua tanah suci yang sentiasa dirindui. Walaupun baru sahaja balik tetapi hati dah mula rindu kepadanya.


No comments: