31 May 2012

Code Made In Israel Jangan Beli

Sahabat-sahabatku, kalau bercadang untuk berbelanja nanti, jangan pakai ambil sahaja barangannya, tolong luangkan sikit masa untuk membelek-belek barangan tersebut, lihatlah pada kodnya dan ingatkan 3 number awal kod tersebut... mudah sahaja untuk mengingatinya iaitu 7 2 9. Kod 7 2 9 itu membawa makna barangan tersebut dibuat di negara Israel. 


Kalau kita membeli barangan yang dikeluarkan oleh Israel ini macamlah kita juga melabur untuk mengupah Kerajaan Israel untuk membunuh rakyat Palestine yang tidak berdosa itu dengan kejam dan tanpa berhati perut.

Sebagai bukti kekejaman Israel, silalah lihat foto sebelah. Walaupun foto di sebelah ini telah lama disiarkan di mana-mana media elektronik, cetak dan TV di seluruh dunia, tetapi saya rasa saya perlu memaparkannya di sini supaya, sahabat-sahabat mengetahui dan mengenali apa yang sedang berlaku di negara Palestine. 


Saya bukan bercerita tentang agama, tetapi lebih kepada tentang kemanusiaan. Zalim..... sangat zalim..... terlalu zalim..... itulah manusia yang berbangsa Israel. 


Terlebih dahulu saya minta maaf kepada rakyat Israel yang tidak berhati hitam (black heart) dan kejam seperti kebanyakan mereka, kerana saya sedar bahawa tidak semua orang dalam sesuatu bangsa itu berhati kejam dan keras. Bukankah bangsa Isreal adalah bangsa nabi-nabi Allah seperti Musa as, Sulaiman as, Daud as dan ramai lagi. 

Pesanan Sheikh Abdul Qadir Jailani


Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani rahimahullah pernah berkata:

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih dari darimu. Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu): "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya, dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak, dia tentu lebih baik dariku".

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu): "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh, dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk (na'uzubillah min zaalik).

Sharing is Caring

by: Dunia macam-macam

30 May 2012

Kenapalah Jadi Begini Nasib ku...?

Semasa membaca fb dari teman-teman seluruh dunia, saya terbaca artikel ini yang dipostkan dari fb saya di JB. Cerita yang boleh dijadikan ikhtibar dan pedoman untuk kita teruskan hidup di dunia ini. Saya mengingatkan kepada diri saya, keluarga, orang-orang tersayang dan kawan-kawan semua bahawa dunia ini adalah sangat sementara. Jadikan dunia ini seperti ladang untuk mendapatkan hasil halal dan bukan sebaliknya. Terima kasih kepada ~LB~ kerana sudi berkongsi panduan ini.

Ikutilah ceritanya .....

"Surau saya pernah menjemput Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Saya berkesempatan untuk berborak dengan beliau ketika kami sama-sama makan setelah selesai ceramah. Antara topik yang dibincangkan ialah pengalaman beliau ketika menguruskan jenazah. Di bawah ini saya perturunkan kisah beliau untuk renungan bersama.

Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor. Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.

Ia berlaku di kawasan Daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya:-

Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.

Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus memberikan banyak iktibar.

Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya.

Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak. Kawan saya kata, “Cubalah tanya dia sendiri.” Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan lama-lama.

Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju.

Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham. Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya. Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.

Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa. Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.

Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.

Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.

Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. 

Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi – takdir Allah yang terakhir amat memilukan. 

Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw.

Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. 

Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya. Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu, rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?

Kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di facebook,

Sharing is Caring

~LB~

Baiknya Allah Kepada Kita


Jadilah hamba yang tahu apa erti syukur dan buktikan kepada Pencipta bahawa kita memang mensyukuri apa yang dikurniakan oleh Nya.

[Share] By: DrLoveblogspot

29 May 2012

Jamuan Sambut Cuti Sekolah Mei/ Jun 2012

Pada 24hb Mei 2012 yang lalu adalah kelas terakhir bagi kami Kelas Mengaji Asas Al Quran Tahun 2 di Masjid Negara. Seperti kebiasaan kami, apabila menyambut cuti sekolah atau meraikan rakan-rakan menunaikan umrah/ haji, kami akan mengadakan makan-makan beramai-ramai sama ada di dalam kelas atau di restoran-restoran yang dipilih, jika kami lakukan di asjid Negara biasanya kami akan menjemput beberapa orang ustaz, pengawal dan sahabat-sahabat dari kelas yang berhampiran untuk sama-sama menikmati jamuan. 


Selepas habis mengaji lebih kurang jam 10.00 malam, kami sibuk menyusun meja dan kerusi untuk memulakan jamuan. Ustaz Ramli sudah pun membacakan doa menutup kelas dan membacakan doa untuk jamuan dan doa makan dengan diaminkan oleh kami ramai-ramai. Kali ini kami menempah juadah dari seseorang yang pandai memasang mee kari. Memang sedap mee kari dia.. yummy.. Foto atas kelihatan Siti Fatimah dengan telefonnya.... apa cerita agaknya.....


Tu dia pulut kuning dan rendang... sedap sehinggakan saya terlupa yang athma saya masih belum baik betul lagi .... tapi disebabkan oleh saya memang suka akan makanan ini, jadi saya rasalah sikit supaya jangan kempunan kata orang Melayu. Alhamdulillah selepas makan.. tak jadi apa pun. Sebelah adalah Kek Hari Jadi untuk Zura.... Selamat Menyambut Hari Lahir Zura, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.



Saya macam biasa dengan gaya tersendiri... peace no war

Peace yo....

Bersama dengan akan sekelas Syahwati. Insyallah nanti kita jumpa lagi pada 12 Jun 2012.

Jamaliah dan Jauhariah, rakan sekelas saya, dalam kelas mereka berdua  duduk di belakang saya.

Sahabat-sahabat kelas sibuk menikmati juadah..





Jemputan dari kelas sebelah... sila.. sila jangan malu-malu

Dah kenyang... apa nak buat kan... baliklah

Anita tak makan ke!!!! atau dah kenyang melihat kawan-kawan lain makan

Buah-Buahan Dalam Al-Quran

Rupa-rupanya Allah telah memberikan kita manusia berita dan maklumat tentang buah-buahan yang terbaik di dunia ini. Disebabkan kekurangan pengetahuan dan lebih tepat lagi kekurangan membaca dan memahami Al Quran kita ketinggatan ilmu penting ini. Antara kekuatan buah-buahan yang diceritakan dalam Al-Quran adalah:
1.   Buah Zaiton atau nama botaninya adalah olea europea, pokok ini banyak ditanam di kawasan Meditranean namun begitu kawasan penanaman yang paling utama adalah di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut oleh Allah sebanyak 7 kali iaitu 2 kali zaiton ia disebut bersendirian manakala 5 kali lagi ia digandingkan  dengan beberapa buah lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tin (fig). Allah menceritakan akan khasiat buah zaitun kepada kehidupan seperti firmanNya yang bermaksud "Dialah, yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebagiannya menjadi minuman dan sebagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembalakan ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanaman-tanaman; zaitun, kurma, anggur, dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan." (an-Nahl [16]: 10-11)


Kandungan asam linoleik yang terdapat dalam buah Zaitun sangat bermanfaat bagi ibu-ibu yang menyusui anak. Kekurangan asam linoleik boleh mengurangkan pertumbuhan bayi malahan boleh menimbulkan beberapa penyakit kulit. Organisasi-organisasi kesihatan termasuk WHO menganjurkan kepada sesiapa yang menpunyai penyakit diabetes dan arterioclerosis (penebalan saluran urat darah) yang tinggi supaya mengambil minyak zaitun yang mengandungi paling kurang 30% asam linoleik. Minyak zaitun juga sangat bagus dan berkhasiat untuk di gunakan dalam masakan. Yang yang paling utama untuk wanita ia adalah sangat elok untuk kulit.


2. Ad Tin. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, "Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata', "inilah buahnya" (tin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya". (HR Abu Darda; Suyuti). Hadis ini telah dibuktikan dengan penemuan sains mengenai keistimewaan  buah tin yang belum diterokai sepenuhnya. 

Buah tin mempunyai khasiat yang berbeza daripada buah-buahan lain di samping kelazatan yang unik dan mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Buah ini juga dikenali sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik). Buah tiin tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi kandungan galian yang lebih tinggi seperti kalium, serat dan zat besi. Daripada kajian saintis  mendapati buah tin mampu meningkat dan mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Satu saiz hidangan buah tin lebih kurang 100g atau ¼ cawan mengandungi 20% daripada keperluan zat serat seharian tubuh badan kita. Daripada jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut. Kajian menunjukkan bahawa serat terlarut boleh membantu mengawal gula di dalam darah dan mengurangkan kolestrol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan. 

Manakala serat tidak larut dapat melindungi dan mencegah dari penyakit kanser usus besar (kolon). Makanan yang kaya dengan serat terlarut mampu mengurangkan berat badan. Oleh itu, buah tin sumber utama dalam mengatasi masalah berat badan. Buah tin juga dipercayai mempunyai bahan yang boleh melawan kanser, di mana ‘polyphenols' yang tinggi dalam buah tin bertindak sebagai antioksidan. seperti yang semua sedia maklum antioksidan penting untuk tubuh badan kerana ia berfungsi untuk menentang free radicals dalam badan yang boleh menyebabkan berlakunya kanser. Secara keseluruhannya buah tin memberi kelebihan tenaga, membantu meningkatkan fungsi otak dan boleh mengubat pasangan yang tidak mampu mempunyai zuriat.


3. Delima - "Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma. Tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya yang bermacam-macam itu bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (al-An'aam [6]: 141) Ayat lain "Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima," [Surah al Rahman ayat 68].

Delima, seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran, mengandungi potassium yang besar nilainya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Delima penting untuk memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini merupakan tunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur, mencegah edema, dan mengurangkan kadar gula yang beredar di dalam darah. Selain itu, Delima juga boleh menghilangkan rasa letih otot dan menguatkan jantung. Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi. Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak daripada rosak selepas tercedera. Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.


4.   Pisang. Ayat Al Quran menceritakan: "Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon-pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya." (Al-Waaqi'ah [56]: 28-33). Pisang adalah buah yang kaya dengan vitamin B6, ianya juga buah yang sangat bergizi, terdiri dari air (75%), protein (1.3%) dan lemak (0.6%). Setiap buah pisang mengandungi karbohidrat dan potassium dalam jumlah yang mencukupi. Pisang sangat membantu dalam penyembuhan banyak penyakit seperti penyembuhan demam, gangguan sistem pencernaan, kejang-kejang dan juga menurunkan tekanan darah, di samping itu pisang berkesan dalam penyembuhan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh alergi.


5. Kurma. Dalam surah Ar-Rad [13]:4 "Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebagian tanaman-tanaman itu atas sebagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berpikir." 


Buah kurma mengandungi fruktosa dan glukosa yang keduanya berkalori tinggi, dan mudah serta cepat dicerna. Kandungan gulanya menenangkan saraf yang gelisah serta memberikan rasa aman pada jiwa. Selain itu, kurma juga sangat bermanfaat bagi wanita hamil dan ibu-ibu yang menyusui anak untuk meningkatkan kesihatan janin di dalam perut ibu, mencegah ibu dari rasa lemah, dan membanyakkan air susu. Kurma segar memberikan manfaat besar kepada otak, dengan kandungan 2.2% protein, juga berisi banyak jenis vitamin A, B1, dan B2. Mengikut pengalaman saya kurma sangat berkhasiat serta memberi tenaga walaupun dalam jangka masa yang panjang kita tidak mengambil makanan, sangat berguna untuk bersahur.

6.   Anggur. Surah Al-Muminun [23]:19 "Lalu dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur; di dalam kebun-kebun itu kamu memperoleh buah-buahan yang banyak dan sebagian dari buah-buahan itu kamu makan." 

Anggur boleh menghilangkan rasa penat untuk mereka yang banyak menggunakan kegiatan fizikal dan mental. Kandungan besi dan gula di dalam buah anggur yang juga mempergiat produksi darah dan menjadi ubat untuk untuk penderita-penderita liver, ginjal, dan sistem pencernaan. Anggur merangsang berfungsinya ginjal dan membantu mengeluarkan hampas-hampas tubuh seperti urea. Dengan mengeluarkan air yang berlebihan dari tubuh, anggur menurunkan tekanan darah. Anggur juga menguatkan organ jantung, befaedah dalam menyembuhkan bronchitis dan batuk, serta meningkatkan kecantikan kulit kerana anggur membersihkan darah.

Wallahua'lam...

28 May 2012

LELAKI DAN BATU KARANG

Tambahlah pengetahuan dengan maklumat ini, tolong jangan padang sambl lewa kerana apabila dah terkena nanti sukar pula nak berubat. Jadi cegahlah sebelum parah.


Antara punca lelaki senang terkena penyakit batu karang adalah kerana gaya hidup yang dilalui selama bertahun-tahun tanpa mereka sedari mengganggu sistem buah pinggang.
Gaya hidup lelaki yang membuatkan mereka lebih senang untuk obes dan juga gaya pemakanan yang tidak seimbang antara puncanya.
Lelaki boleh dikatakan kurang mengambil air kosong seperti yang disarankan setiap hari lalu menyebabkan berlaku penghidratan mereka kurang melakukan senaman bagi mengekalkan gaya hidup sihat

Solat Dhuha

Firman Allah : "Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkan mu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka." (Surah al-Dhuha : 1-5 ).

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik r.a berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barang siapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi).

Sumber: Qur'an on FB

Kenangan: Kursus Bahasa Inggeris di INTAN

Bersama kawan-kawan sekursus dan bersama penceramah. Gambar kenangan semasa kami adakan jamuan di Testoran Tasek Titiwangsa

Terasa ingin berjumpa dengan mereka semua... agaknya di manakah mereka semua berada sekarang ini, saya dah tidak berapa ingat nama-nama mereka semua. Semoga mereka semua sihat dan dilindungi Allah Taalah hendaknya. 
Kalau ada sesiapa yang kenal silalah hubungi saya.

Happy Birthday To Me

Yes today is my birthday... as usual let me wish my-self a very happy birthday...

This is a nice birthday cake for me...
Please for me......

27 May 2012

Lagu: Bangkit Asal - Halim Yazid


Tajuk lagu ini Bangkit Asal, saya masih kurang faham mesej yang hendak disampaikan, tapi saya mengagakkan bahawa mesej yang hendak disampaikan oleh penulis lirik lagu ini adalah mengesahkan kisah hidup seorang budak melalui hidupnya.


Keturunan Dajjal

Bukan anak dajal, dajal ada 2 mata
ASAL-USUL

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yang diangkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dengan Iblis yang di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yang dikenali dengan “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dengan jelas.

SIFAT FIZIKALNYA

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim) Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw, di antaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun. Dan tandanya yang paling ketara sekali ada dua:



Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.


Kedua: Tertulis di dahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

LOKASINYA

Menurut riwayat yang sahih yang disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yang bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang untnk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

RIWAYATNYA

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yang masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yang biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap sembahyang.. ”Maksud Sabda Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yang berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dengan masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

DOKTRIN AD-DAJJAL

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt untuk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1.   Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak mahu bersukutu dengan Dajjal..mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya: ”Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah?” Nabi menjawab: ”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R Ibnu Majah.

2.   Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka: Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman orang Islam kerana hakikat yang benar adalah sebalik dari apa yang kelihatan. Apa yang dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3.   Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya: Kepantasan yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam”…  Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini? Nabi menjawab: :"Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim. Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya: Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

Sekian Wasallam



Saya nak sampaikan ucapan terima kasih kepada penulis artikel ini, saya tidak sampaikan kredit khusus kerana tidak tahu siapa penulisnya. Terima kasih.

26 May 2012

Gelagat Putih

Putih... anak Kuning, kucng liar yang berkongsi kawasan dengan saya. Putih memang cantik, bulu dia putih dan matanya biru. Tetapi Putih ni sangat liar dan takut pada manusia. Setiap kali saya bagi dia dan ibunya makan, Putih akan memandang dari jauh, dan apabila saya beredar dari kawasan itu baru dia dan ibunya menghampiran makanan. Ada kalanya saya suka buat dia terkejut.. apa lagi maka terlompat tinggilah dia atau dia akan lari lintang pukang dan menyorok di pangkin kecil bawah pokok manggis..

 Putih cuba mendekati makanan sambil matanya liar memerhatikan keadaan keliling. Kesian.....

Putih mengendap Miz..

Mula melangkah..... untuk mendekati Miz..

Eeeeeh... kenapa pusing balik... takut ke???

Keburukan Memanaskan Enjin Kenderaan

Kelakuan memanaskan enjin di waktu pagi merupakan amalan bagi hampir kesemua pemilik kenderaan di seluruh dunia. Tak kiralah sama ada seseorang itu pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.
Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itu mesti bangun awal pagi. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangka hayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soal yang timbil sekarang - adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya negara ianya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun, United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat bawah 20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Kini cuba anda bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain style Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan amalan yang dianggap tidak betul ini.

DINDING SILINDER CEPAT HAUS

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Sumber: LamanKongsi 



Bagi saya pula, ayah saya mengajar kami supaya menghidupkan injin kereta setiap pagi lebih kurang 5 minit sebelum bergerak untuk mengalirkan minyak terutamanya dalam injin selepas semalam kereta 'tidur' macam kita manusia, kalau kita bangun terus berlari... tentu lama kelamaan akan berlaku salah urat dan kurang sihat juga. Itu pendapat saya saja.

Happy Weekend

 HAPPY WEEKEND TO ALL


25 May 2012

Kerenah Kuning dan Anaknya Putih

Tengok mata kucing ini, tak boleh percaya kucing ini memang pandai berlakun, depan kita nampak baik sangat tapi yang sebenarnya dia jahat dan garang. Betullah kata peribahasa Melayu "Alim-alaim kucing" macam tu juga dengan manusia depan orang nampak baik dan alim, tapi di belakang orang subhanallah rupanya j---t bukan main. 


Walaupun dia garang, tetapi hati ibu kucing ini tidaklah pula seperti hati sesetengah manusia yang buang anak tepi longkakng, dalam parit, buang dari atas rumah flat dan sebagainya. Kuning akan awasi anaknya kemana sahaja Putih pergi. itu yang Miz selalu kena bila Putih pergi dekat dengan Miz.

Tempat rehat dia di bawah kereta dan ada kalanya di atas kereta. itu yang buat saya marah, bila saya lupa nak tutup depan kereta dengan plastik, pagi esoknya penuh dengan bulu Kuning dan Putih ditambah pulak dengan garis kuku dia. Puas cakap dan halau tapi dia tetap suka berkongsi kawasan rumah dengan saya. Apa nak buat bumi Allah, duduklah.....

Putih teruja melihat Miz berlari-lari di halaman, memang perasaan kucing kecil suka bermain... tapi dia takut sebab saya ada berhampiran dengan Miz.

Putih sempat menyusu dari ibunya....

2 beranak yang bergelandangan....

TGIF

Alhamdulillah Friday comes back with a nice weather and some places in Kuala Lumpur were splashed with the rain of grace. However I am very thankful to Allah because this Friday was not yet be the end of the world. Alhamdulillah once again to Allah for giving us the opportunity to repent and pursue a better life. Thank you God ......

Tazkirah Jumaat : Kelebihan Surah Yassin

Surah Yassin merupakan salah satu surah yang bermula dengan huruf, iaitu ya Û‘ ) dan seen ( Ø³ )  atau yasseen  (ۑس).  Surah ini diturunkan di Mekah dan mengandungi 82 ayat.

Ramai sarjana-sarjana dan alim ulama' Islam mengkiaskan bahasa Surah Yassin ini adalah hati dan  jantung kepada Al-Quran. Surah ini juga diamalkan oleh ramai muslimin muslimat bagi pelbagai fungsi dan keperluan. Daripada sejarah semenjak zaman Rasulallah SAW lagi, surah ini memainkan banyak peranan dalam kehidupan hari-hari. 


Bagi kebiasaan orang-orang Melayu membaca surah ini pada setiap malam Jumaat, iaitu hari Khamis malam. Walaupun ada yang mengatakan ianya bidaah kerana tidak pernah diamalkan oleh Rasulallah saw, tetapi ianya tidak menjadi kesalahan kerana membaca Al Quran memangnya dianjurkan di dalam Islam, bukankah Surah Yassin adalah sebahagian daripada surah di dalam AL Quran. Tidak perlulah kita membincangkan hal-hal yang kurang penting, dibimbangi akan menjauhkan seseorang daripada Al Quran.

Mengikut bijak pandai dan alim ulama Islam, terdapat beberapa fadilat di dalan Surah Yassin ini. Di bawah ini disusun fadilah-fadilatnya mengikut ayat-ayat dalam Surah Yassin tersebut.


• Ayat 1 - 9: Untuk keselamatan diri.


• Ayat 9: 
"Waja'alna...." - melindungi rumah kediaman dari pencuri - bacalah ayat ini dan tiupkan di setiap penjuru rumah. Ayat ini juga diusahakan untuk melindungi diri dari dianiaya. Bagi perlindungan diri dan rumah semasa masuk tidur - bacalah Ayat 9 ini dan diikuti dengan Al-Fatihah dan 3 kul.

• Ayat 12: Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap agar ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.  

• Ayat 13 - 35: Mengisahkan orang-orang yang mati syahid. 
 

• Ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah dan memohon Allah memberikan hidayah kepada anak. 

• Ayat 29: 
"In kanat illa...." - Untuk digunakan jika kita merasakan ada orang yang berniat untuk menfitnah atau aniaya kita. Selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut secara isyarat. Juga boleh diusahakan untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk dan tidak menyenangkan kepada anda.   

• Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. di syurga nanti (ayat ini harus sentiasa berada dihati dan diamalkan). 


• Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi lebih baik. Caranya: Ingatkan bahawa segalanya datang adalah dari Allah s.w.t, bahawa kita adalah umat Muhammad dan kita adalah orang Islam dll.

• Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan hidup subur.

• Ayat 36 - 
"subhanallazi.." - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Bagi tujuan untuk cari jodoh baca ayat ini dan tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada setiap pagi sebelum keluar rumah. 

• Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - meningkatkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.    

• Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu. 



• Ayat 39 - Mengisahkan tentang ilmu falak, di mana bulan dan matahari juga sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

• Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

• Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. menaiki kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan. 
 

• Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

• Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t. 

• Ayat 49 - Menceritakan tentang hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama berlaku secara tiba-tiba. Diikuti dengan tiupan kedua yang memusnah dan menghancurkan dunia. Kemudian datang tiupan ketiga di mana semua manusia di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar. 
 

• Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya. 

• Ayat 58 - 
"Salamun..." - Merupakan salam daripada Allah. Ayat ini boleh diusahakan untuk mengubati sakit kepala, dengan membaca dan menyapukan ke kepala. Diulangi sebanyak 3x.  Jika sakit anggota atau tidak tenang hati, maka bacalah 7x dan gosokkan pada tempat yang sakit atau di hati.   

• Ayat 76 - "Falayahzun.." - Dijadikan amalan. Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang.  Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa sambil mengurut dada, bacalah ayat tersebut.   


• Ayat 78 - 79 - dari - "Yuhyil Wahiya..." - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang patah/ sakit tulang, sakit sendi, sakit lutut dan badan, untuk dijadikan doa bermula daripada ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"

• Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk." 

• Ayat 82 - "Innama amruhu.." - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari - boleh dijadikan sebagai penawar. Jika air habis ulangi bacaan tersebut sehingga 40 hari. 


Caranya: 
*   Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut; 
*   Baca ayat 82 pada air 100x;
*   kemudian berdoa apa sahaja hajat yang baik-baik sahaja.


Jika mandul dan untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan. Caranya:
•   Solat tahjud
•   Sembahyolat hajat
•   Doa minta hajat
•   Baca ayat 100 x dengan yakin
•   Amalkan 41 malam 


Untuk menyembuh penyakit dalam badan
•   Amalan solat seperti di atas
•   Bila baca ayat, tiup dalam air
•   Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan/ minum benda lain
•   Doa sambil minum
•   Untuk 41 pagi


Fadilat-fadilat lain adalah:

1.    Sesiapa yang membacanya pada waktu malam, nescaya dia akan diberi kemudahan pada malam itu. Sesiapa yang membacanya pada siang hari, nescaya dia akan diberi kemudahan pada hari itu, sesungguhnya Al-Quran diangkat daripada penghuni syurga, lalu mereka tidak membacanya sedikit pun melainkan Surah Taha dan Surah Yasin.

2.   Sesiapa yang memasuki perkuburan (orang Islam), lalu membaca surah yasin, nescaya Allah akan meringankan azab daripada penghuni kubur pada hari itu dan pembacanya pula akan memperolehi kebaikan sebanyak bilangan hurufnya.

3.   Barang siapa membaca Surah Yasin setiap malam lalu ia meninggal dunia, maka ia mati syahid.

4.   Barang siapa membaca Surah Yasin di waktu pagi maka ia akan berada dalam kegembiraan hingga petang dan siapa membacanya di waktu petang maka dia selalu dalam kegembiraan hingga pagi hari beikutnya.

5.   Barang siapa membaca Surah Yasin pada malam hari maka di pagi hari ia terampun dosanya.

6.   Apabila orang lapar membaca Surah Yasin, ia boleh menjadi kenyang.

7.   Jika seseorang itu belum kahwin maka akan dipermudahkan jodohnya.

8.   Apabila seseorang yang sedang berada di dalam ketakutan membaca Surah Yasin maka akan hilanglah perasaan takutnya.

9.   Jika seseorang musafir membaca surah Yasin, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

10.  Jika seseorang yang sesat lalu membaca surah Yasn, maka dipermudahkan tempat yang ingin ditujunya.

11.  Jika dibaca surah yasin kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah akan meringankan seksa si mati.

Jika orang yang sedang dahaga lalu membaca surah Yasin, akan hilang sasa hausnya.

12.  Jika dibacakan surah Yasin kepada orang yang sedang sakit, akan terhindar dirinya daripada penyakit.

13.  Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah Malaikat Maut. mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yasin sehingga datang Malaikat Ridhwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya, alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14.  Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam jumaat, Dibaca pada rakaat pertama surah Yasin dan surah Tabaroka pada rakaat kedua, Allah jadikan setiap setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya

15.  Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)


16.  Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.

17.  Dibaca ketika orang sakit, sedang nazak atau sudah meninggal dunia. Baca di sisi mereka (terutama pada ayat 12) agar orang yang sedang sakit berada dalam ketenangan dan kepada orang yang masih hidup mendapat keinsafan bahawa kita akan menyusul pada bila-bila masa.


Surah Yassin juga elok dibaca:


-  Selepas sembahyang subuh
-  3 pagi Jumaat berturut-turut
-  Ayat 1 - Yassin baca 7x
-  Ayat 38 - 12x
-  Ayat 58 - 7x
-  Ayat 82 - 14x
-  Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
-  Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
-  Perlu yakin, insya-Allah dengan berkat Allah ianya termakbul.


Dalam YASSIN merangkum:

• Ilmu Pertanian
• Ilmu Falak
• Ilmu Laut
• Ilmu Kiamat
• Ilmu Ciptaan Manusia
• Ilmu Binatang
• Ilmu Kenabian

Sumber: Hebatnya Kuasa & Keajaiban Surah Yasin - Drs. Khairul Ghazali.