06 March 2015

LOKASI PENCARIAN MH370 SALAH..?

Seorang pekerja pelantar minyak dari New Zealand yang dipecat kerana membuat dakwaan melihat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sedang terbakar di Laut China Selatan semasa kehilangan pesawat itu tahun lalu mendakwa, pencarian pesawat itu dilakukan di tempat yang salah.

Dalam temu bual eksklusif bersama portal Mail Online, Mike McKay, 57, berkata, walaupun hampir setahun selepas kejadian itu berlaku, dia tetap berpegang kepada perkara yang dilihatnya semasa bekerja di pelantar minyak Songa Mercur, di selatan Vietnam.

“Saya berfikir mengenainya berulang-ulang kali. Walaupun saya tidak dapat memastikan bahawa objek terbakar di udara itu adalah MH370, namun masa kejadian itu berlaku selari dengan perhubungan terakhir dari pesawat tersebut.

“Saya cuba untuk membuktikan apa yang saya lihat adalah dari pesawat berkenaan sejak kejadian itu berlaku,’’ kata Mckay menambah, setakat ini dia masih gagal untuk membuktikan teorinya itu.

Mckay yang bekerja dalam sektor minyak dan gas lebih 30 tahun, kehilangan kerja selepas menghantar e-mel berhubung kejadian itu menggunakan komputer syarikat dan kini menghabiskan masa di rumahnya di Auckland.

Katanya, setiap orang percaya dia membuat kenyataan dengan pasti bahawa pesawat MH370 terhempas dalam keadaan terbakar di Laut China Selatan.

“Agak malang, kata-kata saya telah disalah erti. Saya dengan berhati-hati menyatakan bahawa saya percaya saya melihat pesawat itu jatuh. E-mel itu juga bukan untuk tatapan umum. “Sekiranya objek itu adalah pesawat yang hilang sejak sekian lama, sudah tentu pencarian di selatan Lautan Hindi dibuat di lokasi yang salah,’’ katanya.

Adakah kebarangkalian ini akan berlaku..? http://ww1.utusan.com.my

Sumber: fb

No comments: