Acikku sayang, buah hati saya yang terkecil. Pandai bawa diri, tak suka dipegang dan manja. Saya ambil dia semasa dia masih lagi kecil agaknya dalam usia 1 bulan. Badan kecil dan kurus, telinga, hidung dan kuku berkurap.
Semasa dia bergelandangan, dia selalu dikejar kucing besar dan semasa saya ambil dia, Acik sudah kehilangan suara. Hairan sungguh suara dia masih belum pulih walaupun sudah 3 bulan bersama saya.
Dia makin gebu dan cantik. Dia makin nakal dan aktif. Saya suka tengok dia bermain sendirian bersama dengan ekor dia. Berpusing-pusing Acik mengejar ekor dia yang kembang tu.
Semoga kesayangan saya ni diberikan kesihatan dan umur yang panjang oleh Allah swt. Syukur kepada Allah kerana menghantar Acik ke depan rumah saya pada suatu masa dulu.
No comments:
Post a Comment