Ini adalah spot yang paling disukai oleh Oky dan anak-anaknya, iaitu atas katil di hujung kaki katil. Mereka akan berada di atas katil sebaik sahaja saya melangkah naik ke atas katil. Sama ada mereka tidur atau ada kalanya hanya bergolek-golek sahaja.
Waktu yang paling mereka suka tidur di atas katil adalah pada waktu tengahari selepas mereka lunch. Ikt kata mak ada kalanya sehingga saya balik dari opis pun mereka masih ada di atas katil.
Si Baby dan Si Adik memang membesar di atas katil ini. Bau mereka dan sebati dengan katil dan bilik ini, jadi mereka merasakan keselesaan yang amat sangat.
No comments:
Post a Comment