3 Mei 2014, saya bawa mak shopping untuk membeli beberapa keperluan dapur, makanan tambahan mak dan makanan serta keperluan kucing. Macam biasa kami shopping di Tesco. Sebelum jam 10 pagi saya dan mak dah keluar rumah dan tiba di Tesco sebelum jam 10.30 pagi dan parkir memang masih banyak lagi.
Disebabkan awal pagi saya cadangkan kami ambil breakfast di Kluang Station Tesco Ampang. Mak makan 2 roti bom dengan rendang daging dan saya pesan spring roll dan bubur nasi ikan. Mungkin disebabkan kami memang dah lapar makanya semua yang dihidangkan nampak sangat sedap.
Mak selepas siap makanan dengan kekenyangan yang amat sangat, yang sebenarnya maak jarang sekali makan banyak dan kali ini kata mak dia sangat kenyang. Memang pun.... seronok tengok mak makan banyak....
No comments:
Post a Comment