27 May 2014

Breakfast Dengan Mak Di Kluang Station Lagi

Pada 21 Mei 2014, saya ada appoinment dengan HAT Mizan untuk persediaan appoinment dengan MOPD pada minggu hadapan. Seperti biasa saya terpaksa berpuasa sebelum menyerahkan urine dan diambil darah. Jadi mak sahaja yang breakfast di rumah tapi breakfast yang simple je.

Dah siap semua tugasan saya dengan hospital tersebut, saya dah mula rasa lapar jadi saya ajak mak untuk late breakfast di Tesco, macam biasa saya dan mak ke Kluang Station di Tesco. Apa lagi dalam kelaparan saya order bubur ikan dan mak hanya makan fish and chips je. Mungkin mak masih lagi rasa kenyang.

Di sinilah selalunya saya dan mak breakfast dan saya pernah berjanji untuk belanja adik-adik saya Shima dan Ain serta anak-anak mereka untuk breakfast di sini bila cuti sekolah nanti. Looking forward to see them all termasuk Adik kucing Shima.

No comments: