11 May 2014

Dia Digesel Lagi

Adoi ... aduhai ... ini kali ke 4 rasanya kereta saya digesel lagi semasa ianya dengan selesa diparkirkan di tempat kerja saya. Selepas digesel kali pertama saya sering meletakkan kon di belakang kereta ini supaya sesiapa yang memarkir di belakangnya ada panduan yang masuk dan keluar dari parkir.

Tapi kali ini geselannya yang paling teruk, hari Jumaat lepas waktu rehat tengahari saya ke kereta dan mendapati geselan ini telah terjadi dan apabila disentuh didapati kapur/ debu pada bekas geselan dan saya sangat yakin kejadian ini baru sahaja berlaku. Apa nak buat tiada siapa pun yang memaklumkan pada saya atau mohon maaf. Tak pe lah apabila masing-masing terkena nanti baru mereka tahu apa yang dirasai.

Sedihnya melihat 'dia' tercedera lagi, agaknya sampai bila 'dia' tidak diganggu ...

No comments: