Pengalaman Nini dan siblings dia menggunakan litter-box. Masa ini umur mereka dalam 6 minggu dan setelah menikmati makanan pertama selain dari susu ibu.
Masa mula-mula ajar mereka menggunakan litter-box ini, kesemua anak kucing saya makan pasir walaupun sudah ditegah mereka tetap makan sedikit pasir tersebut. Nasib baik pasir baru kalau tidak menikmati hasil buangan abang-abang dan ibu mereka.. eee
Nini sedang belajar untuk keluarkan sesuatu dari tubuhnya... terjerit-jerit dia dan sayalah terpaksa pastikan mereka dalam proses yang betul. Lepas buang kambuskan sedikit buangan dengan pasir dan selepas itu tinggalkan litter-box. Agaknya pasir ni berbau harum dengan bauan apple, mereka tetap ada dalam litter-box walaupun sudah selesai urusan.
No comments:
Post a Comment