Kira-kira sebulan lepas, saya dan emak terdengar suara anak kucing, masa tu musim hujan rasa bimbang dan kasihan jika dia mati kerana kelaparan dan kesejukan. Sahlah saya bahawa ada seekor anak kucing dalam usia 2 bulan dibuang oleh manusia durjana. Kejam, zalim dan tiada keperikemanusiaan betul kerana dalam usia sekecil itu mana dia tahu nak cari makan dan susu.
Keesokan harinya ternampak seekor anak kucing hitam comot dan kelaparan. Dia dikejar kucing lebih besar dan dalam keadaan ketakutan. Kami panggil tapi dia masih ketakutan.
Tak tahu kat mana disembunyi, akhirnya hampir petang dia keluar dan minta makan, tapi masih dalam ketakutan. Tak tahu kenapa ada orang yang sanggup main buang je kucing bila mereka dan tak mahukannya. Anak kucing ni masih kecil dan belum tahu cari makan sendiri.
Akhirnya kami beri makan dan rupanya dia sangat manja.... mungkin itu saja caranya dia nak cari makan dan harap ada yang sanggup pelihara dia. Bila malam dia selalu dikejar oleh kucing lebih besar dan ada kalanya bila ditangkap dia digigit, jadi saya ambil keputusan untuk masukkan dia dalam sangkar.
Saya keluarkan sangkar Oky dan sediakan litter-box serta tempat makan dan minum dan mulai dari itu setiap malam dia akan tidur dalam sangkar ini. Mungkin dia dah rasa selesa dengan kawasan rumah saya dan rasakan kami ni tuan dia dan rumah ini rumah dia. Sejak itu dia tak pernah tinggalkan rumah saya. Lebih mudah emak ada di rumah jadi dia ada tempat bermain.
Saya dan mak beri dia nama Si Tam... sebabnya bulu dia yang berwarna hitam. Mata si Tam cantik kehijauan. Si Tam pandai bila tiba malam dia akan sedia untuk masuk ke sangkar.
Si Tam belum boleh masuk ke rumah sebab dia masih belum divaksinkan lagi. Dan saya pernah cuba masukkan dia dalam rumah tapi dia lebih garang dari kucing saya yang 8 ekor tu. Saya cadang nak vaksinkan Si Tam sebab nampak hidungnya ada sedikit berair lagi pun dia tinggal di luar rumah. Semoga Si Tam selesa bersama kami.
No comments:
Post a Comment