29 November 2010

Percutian Langkawi 2010 Part I

Perjalanan bermula daripada Kota Tinggi oleh adik iparku Norshimah bersama anak lelakinya Ammar. Mereka memandu ke Melaka pada hari Jumaat 26 November 2010 untuk mengambil emak kemudian ke Tampin ke rumah adik ku Ainee di Sekolah Menengah Arab (JAIM)Al-Asyraf Tampin.

Pada keesokkan harinya mereka berlima Emak, Shima, Ain, Ammar dan Amir menaiki keretapi dari Tampin ke KL Central, mereka tiba jam 3.30 petang. Foto atas Ammar bersama Amir dalam keretapi dari Tampin. Aku bergerak dari Taman Saga ke KL Central untuk bergabung dengan mereka jam 6.45 petang. Setelah memanggil teksi sebanyak dua kali dan teksi tak kunjung tiba akhirnya abang Jaafar dan anaknya menghantar aku ke Spektrum Ampang, dari sana aku mengambil teksi ke KL Central dan tiba jam 7.20 malam. Sementara Noraini teman sekuliah Ain (pengajian Sarjana Psikologi di UKM) semasa tiba di KL Central dari Bangi jam 7.30 malam. Di atas adalah foto kami yang diambil oleh Noraini.

Kami semua bertemu lebih kurang jam 7.30 malam di pintu masuk KL Central. Di sini kami mengambil kesempatan untuk menunaikan solat maghrib dan solat jamak dan qasar isyak. Keretapi Mutiara bertolak dari KL Central tepat jam 9.15 malam dan tiba di Arau, Perlis jam 7.15 pagi keesokan harinya.
Kebanyakan daripada kami, ini merupakan pengalaman pertama menaiki keretapi dengan tempat tidur, perasaan kami adalah excited dan seronok. Kami berposing sakan rasanya ramai yang mungkin berbisik dalam hati....teruknya mereka ni...macam orang kampong je.... Photo di atas, aku bersama Shima di KL Central menunggu ketibaan keretapi.

Kami mengambil makan malam di sini dan ada beberapa di antara kami membawa bekalan untuk dimakan di atas keretapi. Sepanjang perjalanan sukar untuk kami melelapkan mata, dan di setiap stesen keretapi akan berhenti untuk menurun dan menaikan penumpang. Apabila masuk waktu solat subuh (kami mempraktikkan solat subuh secara duduk di tempat tidur) ada di antara kami yang menunggu untuk melihat matahari terbit. Cuba lihat foto di bawah yang diambil oleh Ammar, matahari terbit di kawasan sawah padi antara Gurun dan Arau.
Sebaik tiba sahaja di Stesen Arau kami terus mencari teksi. Dengan kekuatan kami seramai 7 orang, kami perlukan dua buah teksi untuk menghantar kami ke Kuala Perlis. Kami sempat berkenalan dengan pemandu teksi Cikgu Mawi dan Pakcik Md Nor - sambil itu kami melihat hamparan sawah padi, ada pokok padi yang masih cantik hidupnya tetapi ada yang telah musnah akibat dari bencana banjir bulan lepas, melihat kehancuran ini saya merasa kasihan kepada rakyat di negeri Kedah dan Perlis. Semoga mereka tabah menghadapi cubaan dari Allah taalah.

Setibanya di Kuala Perlis kami berunding mengenai keperluan kami semasa di Langkawi dengan wakil yang menyediakan beberapa perkhidmatan seperti sewaan kenderaan semasa di Langkawi dan sewaan bot untuk melihat kawasan tanaman bakau (mangrove). Mengikut kata agen di sini harga tempahan di sini adalah lebih murah daripada harga tempahan di Langkawi. Kemudian kami mengambil keputusan untuk membeli tiket feri ke Langkawi jam 10.00 pagi

Setelah selesai urusan tersebut, barulah kami mencari tempat untuk bersarapan pagi. Sarapan yang ringkas tetapi agak mengenyangkan menunggu makan tenghari di Langkawi, Mak belanja kami sarapan pagi. Selepas sarapan kami masuk ke ruang menunggu. Ruang yang agak selesa dan mempunyai banyak tempat duduk. Feri yang akan membawa kami ke Langkawi adalah Star City, feri tersebut telah tiba dan aku dapat rasakan kedua-dua anak saudaraku itu mungkin teruja untuk belayar.
Foto kami semasa di ruang menunggu, foto diambil oleh Amir. Boleh tahan juga walaupun sedikit kabur. Semasa tiba waktu untuk menaiki feri, selepas pengumuman disiarkan, macam biasa kita orang Malaysia akan berebut-rebut dan berpusu-pusu. Nasib baik tempat duduk di dalam feri mempunyai nombor, jadi tak kisahlah kalau masuk lewat sikit. Walau bagaimanapun nasib kami baik sebab dapat masuk awal, kerana Ammar dan Amir telah ada di depan barisan jadi kami satu kumpulan dapatlah laluan mudah sikit.
Foto semasa di dalam feri. Juru fotonya adalah saya sendiri. Kalau lihat pada foto ini, wajah kami masih lagi ceria dan teruja, tetapi apabila tiba di Langkawi, iaitu selepas lebih kurang satu jam pelayaran, wajah masing-masing agak suram disebabkan oleh kepenatan dan kelaparan. Akhirnya lebih kurang jam 11.15 pagi, alhamdulillah kami semua menjejakkan kaki di bumi tanah tumpahnya darah Mahsuri. Shima dan Ain menguruskan mengambilan 2 buah kereta sewa, tak sangka urusan tersebut mengambil masa yang agak lama, iaitu lebih kurang 1 jam.


Ikuti pengalaman cuti kami di bahagian ke II nanti.

9 comments:

Wali Macap said...

As salam Kak Deny, puaah by reading ur written we can imagine how emak, Kak Deny, Ain sefamily and Kak Shima sefamily enjoy ur tour to Pulau Langkawi. Ena pun tumpang seronok lebih-lebih lagi bila tenguk muka emak yang ceria. Semoga hospitaliti Kak Deny, Kak Syima dan Ain akan diberi ganjaran sewajarnya oleh Allah Taala.

Dengan membaca coretan Kak Deny ena rasa ena boleh bayang what actually going on... as it I was also part of the group. Untuk part ke 2 dan yang akan datang, jangan lupa masukkan gambar banyak-banyak. Seronok ena tenguk... anyhow ena berdoa agar Emak, Kak Deny, Kak Syima sekeluarga dan Ain sekeluarga akan selamat sampai ke distinasi masing-masing. Moga-moga tour ini akan menyumbung kepada penyatuan dan persefahaman kita sekeluarga. Wassalam.

Unknown said...

Waalaikumusalam Zman and family, yes we felt very happy and still excited about what we were going through together. Actually mum was very happy but she always tired, may be because of her age. One more thing mum always mentioned about our late daddy, if he is be with us, he will be happy too. However wait for the Part II soon.

jamilahismail said...

Assalamualaikum:seronoknya dapat bercuti ramai2 begini,sudah tentu menjadi kenangan utk kalian semua,saya sudah agak lama tidak ke Langkawi,rasanya terakhir thn 2004.10hb dec ni ambik cuti 5 hari tp masih tak tahu kemana arah tuju,tak jadi ke tempat anak.Didoakan kalian sihat dan selamat.wassalam

Unknown said...

Terima kasih JI, memangnya seronok kalau bercuti beramai-ramai, akan ada banyak kenangan manis melekat di hati masing-masing. Di samping itu juga menguji tentang kejujuran, setia kawan, keikhlasan, kerjasama, kesabaran, belas ikhsan dan banyak lagi nilai-nilai murni. Walau apa pun yang paling utama adalah rakaman percutian tersebut. Oleh yang demikian kamera adalah penting. Selain medium untuk membuat rakaman juga ianay sangat perlu untuk membuat persembahan.

Jom join saya untuk percutian tahun hadapan - tak tau lagi nak ke mana, cadangnya nak ke Guangdong China. Harap-harap dapat sambutan dari ahli keluarga dn sahabat handai.

Wali Macap said...

As salam semua. Puah... jauh nye... yang ini kena maklumkan awal jadi boleh kita tenguk boleh ke tak nak gi sebab macam ena kena minta kebenaran dari bos dan dalam masa yang sama kena tenguk program anak-anak. Macam tour to Langkawi 2010, ena sekeluarga tak dapat nak join sebab Kak Ngah sedang menduduki peperiksaan akhir semester 3. Jadi boleh share happiness dengan membaca coretan Kak Deny saja...

Unknown said...

kalau kak ngah dah belajar ke France, nanti boleh lah kita ke sana... bolehlah akak balik kampong (Paris) masa tu, kalau dapat cuti lebih 5 hari boleh kita ke Itali sekali.

keris Laksamana said...

salam..,
waah,berjalan sakan..macam mana keadaan LANGKAWI ISLAND,Emm..saya dah lama tidak menjejaki kepulau legenda.Terasa rindu plak..

Unknown said...

Keris Laksamana, sesekali tu bawalah keluarga bercuti dalam negeri pun tak apa. Yang sebenarnya banyak tempat di negara ini yang boleh kita kunjungi....

Unknown said...

ini merupakan percutian yang sangan menyeronokkkan walaupun pada awal bang nan suami kakshima abang saya lah tu bimbang sebab percutian ini yang pergi kaum hawa je yang lelakinya hanyalah jejaka tampan yang kecil dua orang tu..tapi alhamdulillah mungkin niat suci nak bawa mak jalan-jalan kami ditemukan dengan orang yang sudi membantu tapi memang seronok...