Alfatihah .. saya iringi pemergian YAM Tuanku laksanama Johor Tuanku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim mengadap Penciptanya dengan rasa sedih dan dukacita. Memang rasa terkejut walaupun semua rakyat negara ini mengetahui akan derita penyakit yang baginda alami.
Kasih keluarga dan rakyat mengatasi kasih dan sayangnya Sang Pencipta kepada armarhum Tunku Abdul Jalil. Jadi bagi kita yang ditinggalkan, hanya doa dan kiriman ikhlas bacaan Al Quran yang boleh kita lakukan supata dengan kiriman tersebut moga-moga Allah swt menerima semua amal yang dilakukan oleh baginda semasa hidupnya. Jua jangan dilupa untuk mendoakan agar Allah swt mengampunkan dosa-dosa banginda.
Semoga Allah swt menempatkan roh baginda bersama-sama dengan orang-orang yang soleh. Ameen.
No comments:
Post a Comment