Innalillawainnalillahirojiun. Daripada Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Pagi yang hening pada tanggal 19 Disember 2015 yang lalu, kami sekeluarga menerima berita yang sangat mengejutkan.
Prayoga salah seorang anak saudara saya telah dijemput ALlah swt untuk menemui dia. Oga terlibat dalam kemalangan jalanraya dikawasan Sungei Besi Kuala Lumpur kira-kira jam 3 pagi. Masa itu Oga dan seorang lagi sahabatnya dalam perjalanan menunggang motosikal untuk kembali ke kampong/ rumah orang tuanya di Tamn Seri Kemendor, Jasin Melaka.
Allahhuakbar, Allah swt pinjamkan Oya kepada Shahrin dan Rohana khasnya dan kepada kami amnya selama 21 tahun 10 hari sahaja. Oga sempat menyambut dan meraikan ulang tahun kelahirannya bersama dengan orang tuanya pada 9 Disember 2015 di kampung halamannya di Jasin.
Semasa mencium dahinya yang sejuk dan kaku saya masih terpandang-pandang seorang kanak-kanak kecil lelaki yang merangkak dan bertatih kira-kira 20 tahun yang lalu. Semasa Oya dan adik-adiknya membesar dan dewasa saya jarang bersua muka, tetapi mengharapkan dan mendoakan setiap hari agar semua saudara mara saya dirahmati Allah.
Sedih bukan kepalang melihat jenazahnya yang terbaring dengan sangat tenang. Oga semasa hidupnya memang dikenali sebagai anak yang sangat baik, seorang sahabat yang dikasihi, makanya tidak hairannya ramai sangat sahabat-sahabatnya yang menangisi dan menghantar Oga di keperjalanan terakhir dia. Namun Allah swt lebih mengasihinya dan kami redha dengan pemergiannya.
Ya Allah Ya Rabb, ampunkanlah dosa Oga dan tempatkanlah dia di sisimu, semoga pertemukan dia dengan datuk-datuknya, ibu saudaranya Rohaya dan bapa saudaranya yang juga telah mendahului kami. Ameen.
No comments:
Post a Comment