Dah lama saya tak bersenam, kali terakhir adalah semasa saya di JPWPKL dan bertugas di program team building yang diadakan pada akhir tahun 2014.
Kali ini senaman pagi kami dibawa oleh ustaz-ustaz dari JAKIM. Dah lama tak bersenam rasanya banyak urat-urat yang dah keras. Diajak melompat . .. saya dah tak boleh . .. tapi nasib baik masih boleh berlari.
Diajak merengankan badan alhamdulillah masih boleh lagi. Saya perhatikan ramai juga kawan-kawan yang lebih muda yang tak larat juga. Apa pun secara peribadi saya setuju dengan silibus kursus ini, setidak-tidaknya dapat juga saya meregangkan urat dan oto yang dah lama berehat dan keras. Terima kasih kepada bos saya yang arahkan saya hadiri kursus ini. Pergi dulu kemudian baru tau . . . .
No comments:
Post a Comment