Dalam kesibukan dan keletihan kerana berpindah tempat kerja dan berpindah rumah, saya masih lagi meluangkan sedikit masa untuk menghabiskan buku ini. Akhirnya Ku Temui Cinta Mu . . lalu aku pun memeluk Islam, itulah tajuk buku yang saya baca kali ini. Tajuknya sahaja sudah tentu dapat diteka oleh anda semua akan kisah yang dipenuhi di dada-dada muka surat yang berjumlah 206. Ya memang betul ianya adalah tentang perkongsian beberapa insan yang Allah swt berikan hidayah. Ada hidayah yang Allah berikan kepada insan yang kita sendiri rasa tidak mungkin mereka menjadi saudara kita, tetapi kuasa Allah siapa yang tahu.
Buku ini selesai saya baca pada 24 Mei 2015 jam 8.13 malam di kampong saya Felda Bukit Senggeh, Melaka.
Belilah buku ini dan bacalah kisah mereka yang mudah-mudahan memberikan keinsafan kepada kita terutamanya manusia yang sejak lahir telah muslim. 'Dengar'lah kisah mereka betapa sukarnya mereka mencari kebenaran tentang tuhan dalam hidup mereka, betapa sukarnya mereka melaksanakan hukum dalam Islam sebagai muslim, bagaimana Allah membolak-balikkan hati mereka, menduga mereka dan akhirnya menyanyangi mereka dan terus memberikan hidayah yang tidak dapat digoyahkan lagi.
Sesungguhnya ya Allah bimbinglah aku dan curahkanlah hidayahmu kepadaku seperti mana hidayah yang Kau berikan kepada mereka.
Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!
No comments:
Post a Comment