15 May 2015

Tanda Hati: Staf UPT

Terima kasih saya ucapkan kepada semua staf UPT atas tanda hati yang diberikan sempena pertukaran saya dari JPWPKL ke KPDNKK Melaka. Tanda hati yang bererti untuk kesayangan saya yang 11 ekor tu.

Sebaik dikeluarkan daripada kotak, beberapa ekor dah ada di hadapan saya untuk mencuba board tersebut. Bujang, Acik dan Zizi terhidu-hidu untuk mengetahui apa bendanya yang menarik hati mereka.

Akhirnya masing-maisng mengambil sudut masing-masing dan cuba memasukkan muka masing-masing di celah kaki board tersebut.

Memang mereka beruntung saya yang bertukar mereka yang dapat hadiah. Terima sekali lagi ya semua . . .

2 comments:

Unknown said...

Seronoklah anak2 kucing tu ya..semoga berbahagia ditempat baru ya..

Unknown said...

Memangnya pun hampir terputus getah yang ikat loceng mereka rebutkan. Mula-mula seronok tengok mereka terhendap-hendap macam benda tu nak makan mereka. Gelagat mereka memang menghiburkan.